Wednesday, January 27, 2010

Marah...

Manusia diciptakan oleh ALLAH dengan
memiliki berbagai-bagai bentuk emosi.

Marah merupakan salah satu bentuk emosi
yang dialami oleh setiap manusia.

Sifat marah ini merupakan sifat semula jadi.

Sifat marah yang sudah mula bertapak dalam hati
jika tidak dibendung,
lama-kelamaan akan memakan diri sendiri
dan akan membawa padah kepada
orang yang kita sayangi dan hormati.
Malah boleh membawa keburukan dan kemudaratan
kepada keadaan sekeliling kita.

Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu,
perasaaan marah sangat berguna kepada manusia.
Bahkan sekiranya digunakan dengan betul akan
memberi kekuatan pada diri sendiri untuk
bertindak membetulkan keadaan.

(majalah solusi isu no:15)

“ Perasaan marah laksana ubat yang berguna tetapi

haruslah digunakan secara berhemah agar

berperanan mengubati penyakit yang dideritai,

sebaliknya ia akan bertukar menjadi racun

yang membahayakan seseorang jika tidak

menepati kaedah preskripsi yang dianjurkan oleh pakar

– Imam Al-Ghazali”


“Marah dalam diri umpama senjata di tangan,

boleh memberi kebaikan dan boleh juga membinasakan”

Sumber : Solusi isu no. 15

Saya: Ya ALLAH sesungguhnya sifat amarah
juga berada dalam diri ini…
Ya ALLAH berikanlah hambamu ini sifat kesabaran
apabila menghadapi kemarahan…

16 comments:

Abd Razak said...

Salam saudari ^_^

Hindarilah daripada sifat marah sesungguhnya ia adalah perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan hanya membinasakan!

Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

Shita said...

salam liza

menarik isu kali ni...sbb ada pada semua manusia....tanda kelemahan yang ada pada kita yakni hambaNya..

Diam pun ada kalanya tanda MARAH
.....kawal dan muhasabah diri...kawal juga ber erti berperang dengan diri sendiri...

berjaya kawal bermakna kita menang..

sama2 cuba kita kawal...salam

Unknown said...

salam kak.
saya suka marah,tapi saya marahkan diri saya je selalunya..hehe

Honeyz said...

salam kak liza..

nice posting! thanx for sharing..
btol3... sifat marah ni ada pada semua orang.. cuma bezanya samada kita dapat kawal dgn baik atau x..\
saya kategori mane ek? ntahla..hehe

yup, marah leh beri kebaikan, leh juga dtgkan keburukan. tp mcm lbh byk binasakan manusia je.. jd sebaiknye kawal la diri dari bersifat marah..

mm, saya kalau marah, saya suka menyendiri, diam je.. x nak dekat2 ngan sape2, esp ngan org yg wat sy marah tu. hehe. ntahla.. tp dgn cara menyendiri tu, sy rase lbh tenang n selamat dr berkata pape yg x patut =D

Izariza said...

Cun,

tu la .. kadangkala marah hengat! mulut pun laju nak nak ngumat ngamit adoiii .. anyway thanks for the reminder .. marah itu api .. sejukkan dengan air wudhu' dan beristighfar

happy weekend! :)

cun09 said...

{{Abd Razak}}
Salam...

TQ kongsi "cara berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah"

cun09 said...

{{Shita}}

salam sahabatku...

"Diam pun ada kalanya tanda MARAH
.....kawal dan muhasabah diri...kawal juga ber erti berperang dengan diri sendiri"

betul sangat2 shita, diam ada ketikanya kita marah juga, semoga ALLAH bg kita sifat kesabaran...

cun09 said...

{{Iqbal}}

salam iqbal...

akak pun suka marah...^_^

cun09 said...

{{Honeyz}}

salam Hani...

kemarahan adalah sifat yg kita tak mau miliki tp ada pd semua org dan pelbagai cara utk mengawalnya...takut juka marah menguasai diri kita...

cun09 said...

{{izariza}}

salam sahabat...

"marah itu api .. sejukkan dengan air wudhu' dan beristighfar"

TQ iza...semoga ALLAH bersama kita

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam ziarah kembali. banyak maklumat yg berguna . tq

LadyBird said...

sabar yer dik..
jangan marah2..
:D..

cun09 said...

{{Hajah Nafisah}}

Salam...

TQ ^_^

cun09 said...

{{putri}}

Salam...

Sabar...ada ketikanya tak tahan...^_^

tajnur said...

Salam!
Maaf jika saya menyentuh. Marah adalah sifat semulajadi manusia atau fitrah. Islam adalah agama fitrah, manakan mungkin kita melawan fitrah cuba perlu meletakkan pada saluran yg betul. Dlm Surah AlGhafir/Mukmin: 35,`... Amat besar kemurkaan disisi Allah dan disisi orang2 beriman...` Apa yg Allah murka, maka Rasulullah dan org2 beriman pun turut marah. Sifat Rasulullah, apabila ia marah sesuatu, mukanya mmg merah padam tetapi cepat sejuk dan memaafkan seseorg! Adakah kita nak menafikan kenyataan diatas?? Walahualaml

cun09 said...

{{tajnur}}

salam...

terima kasih atas perkongsian dr anda...marah memang fitrah manusia dan saya tidak nafikan ^_^

terima kasih sudi ziarah 'umah' saya...