Tuesday, September 28, 2010

Fikir...


Imam Ahmad bin Hanbal berkata :

“Aku mengetahui bahwa rezekiku tidak akan dimakan

orang lain, maka tenteramlah hatiku.
Aku mengetahui bahwa amalku tidak akan dikerjakan

orang lain, maka aku sibuk mengerjakannya.
Aku mengetahui bahwa kematian akan datang tiba-tiba,

maka aku bersiap-siap menghadapinya.
Dan aku tahu bahwa diriku tidak akan lepas dari pantauan

Allah, maka aku merasa malu kepada-Nya”.

(Manaqib al-Imam Ahmad : 11/485,

Ibnul Jauzi; dan Wafayat al-A’yan : 2/27, Ibnu Khallikan).





saya: merenung...

Wednesday, September 22, 2010

Fikir...


CARI DUIT ATAUPUN CARI REZEKI?

SESETENGAH peniaga menjadikan duit sebagai objektif

utama menjalankan perniagaan dan bukan rezeki.

Apa bezanya mencari duit dengan mencari rezeki?

Bagi saya walaupun nampak kecil tetapi besar bezanya.

Secara umumnya, cari duit kaedahnya macam

Allahyarham P. Ramlee kata,

“Hantam sajalah Labu”,

tidak usah diambil peduli apa orang dan Tuhan kata.

Apabila cari rezeki, pilih-pilihlah sikit!

Berikut adalah dua kisah benar bagi menjelaskan

beza di antara cari duit dan cari rezeki.

Kisah 1


Beliau adalah kontraktor yang mempunyai

kontrak berjuta-juta.

Beliau bercerita, “Nak kaya, kena bagilah sikit!”

Saya tanya beliau, “Bagi apa tu?” Jawabnya,

“Bagi duit kopi ataupun bawa

perempuan ke hotel lah, apa lagi!”

Saya tanya lagi, “Kamu buat begitu?” Jawab beliau lagi,

“Aku tak buatlah tapi aku suruh staf aku

yang bereskan semuanya!”

Saya menjawab pendek, “Samalah tu!” Katanya lagi,

“Habis? Kalau kita tak buat,

orang lain buat! Kita melepas!”

Berhubung dengan perkara ini, hadis Nabi sebagaimana

di bawah ini dapat dijadikan panduan:

“Bakal datang kepada manusia suatu masa,

di mana orang tiada peduli akan apa yang diambilnya;

apakah dari halal atau dari yang haram.”

Kisah 2


Saya dimaklumkan oleh datuk saudara,

saya boleh makan secara percuma pada

setiap hari selepas solat subuh di sebuah gerai makan

yang terletak di hadapan sebuah masjid.

Ini disebabkan ada seorang hamba Tuhan yang sudah

membayar untuk semua jemaah masjid yang makan

di gerai itu setiap hari selepas solat subuh.

Apa yang lebih mengagumkan saya adalah,

ia sudah berlaku sejak beberapa tahun yang lepas.

Jika tanya saya berapa ramai jemaah?

Saya tidak mengira dengan tepat tetapi cukuplah

saya mengatakan bilangannya ramai.

Datuk saudara saya juga mengatakan,

beliau sudah segan mahu makan di gerai itu

kerana asyik makan percuma sahaja.

Saya tanya, “Wakil rakyat ke dia?” Jawab datuk saudara,

“Bukan. Orang biasa saja!”

Saya mahu benar mengenali orang ini.

Datuk saudara saya menyambung cerita,

“Dia tu anak kampung sini, bermula daripada bawah,

sekarang ini kontraktor.”

Mengikut datuk saudara saya lagi,

kontraktor ini memilih projek yang mahu diambilnya,

jika banyak ‘halnya’, duit kopilah, duit bawah mejalah

dan bermacam lagi kaedahnya, beliau mengundurkan diri.

Saya terharu kerana ada lagi hati yang

semurni itu dalam dunia ini.

Tentu banyak wang yang dibelanjakan oleh orang itu.

Tetapi tiada liputan dalam televisyen,

tiada pula hebahan dalam radio dan

tiada majlis menyerahkan cek besar yang ditonjolkan.

Mungkin beliau cuba mempraktikkan,

‘tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya’.

Kata Tuhan dalam bab al-Baqarah,

ayat 271 yang bermaksud:

“Jika kamu lahirkan sedekah, maka itulah sebaik-baiknya,

dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan

bagimu dan menutupi kesalahanmu,

dan Tuhan Maha Mengetahui

apa-apa yang kamu kerjakan.”

Hati saya tidak puas,

saya bertanya pada datuk saudara saya,

di mana hamba Tuhan ini tinggal.

Dapat alamatnya, saya berkunjung ke rumahnya.

Tuhan Maha Kaya. Betul sebagaimana yang

Tuhan janjikan kepada makhluknya seperti

dalam dua maksud ayat di bawah berkenaan

limpahan nikmat untuk hambaNya yang bersyukur.

Tuhan menyatakan di dalam Quran,

bab Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka

Aku akan tambahkan nikmatku kepada kamu

dan sekiranya kamu kufur,

sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Dalam bab
al-Baqarah ayat 261 pula,

Tuhan menyatakan yang bermaksud:

“Misalnya orang-orang yang menafkahkan

hartanya pada jalan Tuhan,

seperti sebuah biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai,

pada setiap tangkai ada seratus biji,

dan Tuhan melipatgandakan bagi sesiapa

yang dikehendakiNya, dan Tuhan luas (kurniaNya),

lagi Maha Mengetahui.”

Kita boleh bertanya pada diri sendiri,

sama ada kita sanggup membuat perkara

yang sama jika kita mampu.

Ada usahawan mendabik dada

dengan projek yang berjuta,

rumah mahligai berpagarkan permata,

kereta besar berkuasa kuda,

namun jiran sekeliling ada lagi yang

atap rumahnya bocor dan malam berlampu pelita.

Sesetengah daripada kita pula asyik berfikir,

berfikir dan berfikir untuk belanja

RM10 rakan-rakan minum.

(Sumber: Formula Menjadi Usahawan Berjaya

oleh Wan Mohd Nazif dan Fazilah Ibrahim)


***UZAR***


saya : merenung...


Wednesday, September 15, 2010

6 Syawal...



Dalam kita bergembira menyambut Syawal
bersama-sama dengan keluarga,
tiba-tiba ada berita sedih diterima pada malam 3 Syawal...

" Suami saya telah meninggal jumaat minggu lepas,
maaf tak sempat nak bagitau"

berulang kali membaca mesej,
antara percaya dengan tidak!!!
Benar...suami sahabat
telah meninggal...
meninggalkan sahabat dan anak-anak yang
masih memerlukan seorang ayah...

3 Syawal terus menziarahi sahabat,
2 jam bersamanya,
bukan sahaja dia yang menangis
tapi diri ini juga...
ingat 22 tahun yang lalu, telah saya rasai
tanpa seorang abah...
Bagaimana perasaan ma masa itu yee?
Berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.

Apabila kita melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain,
kita akan menyuruh dia bersabar,
dia akan menghadapi pelbagai lagi dugaan...
Cuba kita letakkan diri kita ditempat
dia...kuatkah diri ini?
bolehkah ayat sabar berada dalam diri ini?
YA ALLAH...
Sungguh hebat ujian yang KAU
berikan kepada setiap hambaMU
tapi ALLAH MAHA MENGETAHUI...


"Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu)
- untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;
siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya;
dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu)
lagi Maha Pengampun,
(bagi orang-orang yang bertaubat);

( QS Al-Mulk:2 )


saya: benar-benar terasa...

Saturday, September 11, 2010

Tidak boleh...

Hari ini 2 Syawal...
Sudah ramai saudara-mara yang kita jumpa
setelah sekian lama tak bersua muka... tapi berhati-hati,
perkara yang dipandang remeh oleh kita tetapi
tetap TIDAK BOLEH!!!




Friday, September 10, 2010

1 Syawal...

untuk sahabat kehidupan sementara
harap sudi menerima kad ini ^_^


Bermaaf-maafanlah dari hati ke hati...
Bukan bermaaf-maafan sekadar nak amik hati...

TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM
SALAM AIDILFITRI 1431 H

Untuk semua sahabat-sahabat 'kehidupan sementara'



Terima kasih...








saya: kenangan 1 syawal di MH tetap dalam ingatan ^_^

Thursday, September 09, 2010

Kehidupan Sementara...


Mencari Diri

Di sana di sini
semua terlihat di mata
akan keindahan alam
ciptaan yang berkuasa.

Hijaunya tumbuhan birunya laut
membuktikan kebenaran akan ayat-ayatNYA
si kerdil ini tunduk menyembah
tanda taqwa kepadaMU.

Kelmarin, hari ini dan esok
tertanya berbeza
sekujur tubuh berdiri kaku
mencari erti sebenar dirinya.

Hari, minggu, bulan dan tahun
silih berganti sealiran masa
meninggalkan seribu satu pengertian.

Tuhan...kepadaMU aku memohon
agar aku memahami siapakah aku
dibumiMU nan suci
sesuci embun pagi.

(Khan S.M. - Kluang Johor)


teratak 57


saya: semoga sedar dan sedar diri ini YA ALLAH... ~ untuk diri ini ~

Sunday, September 05, 2010

Tunaikanlah...



Ingatlah harta yang kita miliki ini
hanya pinjaman...


"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia
memulakan pekerjaan melaikan turun dua malaikat
yang satu malaikat berdoa,
Ya ALLAH , berilah ganti kepada orang yang membelanjakan
(iaitu menderma atau mensedekahkan) hartanya.
Sedangkan malaikat yang kedua berdoa,
Ya ALLAH, binasakanlah harta orang yang bakhil"

(Riwayat al-bukhari)