Monday, October 04, 2010

Dunia...


Sedetik Nikmat Dunia

Terimalah sekecil amalan hambaMU...

melewati hari-hari biasaku
hiruk-pikuk suasana dunia tiada batasan
pemandangan harianku tetap sama
mendongak kelangit biru
sekejapnya mendung
sekejapnya terang

pagi harianku
lalai penuh terbuai
solatku
zikirku
selawatku
zakatku
ditinggal tiada taubat
dipahat penuh karat

aku pendosa hina
mahu pangkat singkat
mahu duit dekat-dekat
tidak mahu separuh permata
tetapi mahu segunung harta

ya ALLAH
aku bertaubat padaMU
sekeras kerikil hatiku...
lembutkanlah
berikanku hidayah
kembali sujud padaMU
matikan hambamu ini dalam iman dan islam
dalam kalimah syahadah
amin....

(sumber)

Ya ALLAH

banyak sekali impianku...

namun dosa yang menggunung membuatkan

hamba rasa malu bermohon padaMU...

Ya Rabb,

Kau amat suka pada hambaMu yang berdoa padaMu...

hamba akan terus memohon padaMu..

moga Kau meredhai impianku sebagai perancangan

yang telah Engkau takdirkan untukku…

permudahkanlah Ya ALLAH


saya: cermin diri untuk sedar diri...

12 comments:

Abd Razak said...

Salam ya sahabat..:)

Moga sahabat sihat hendaknya..

Betapa banyak petunjuk Allah mengenai kehinaan dunia dan dunia tidak layak untuk mendapatkan perhatian yang sangat besar, kerana dibandingkan dengan akhirat dunia adalah sangat kecil. Dan sibuk dengan urusan dunia dapat menyebabkan kerugian besar sehingga sampai kepada azab Allah SWT.

Andaikata nikmat itu digantikan Allah menjadi musibah alangkah murkaNya Dia kepada kita.

musi said...

Assalamualaikum ;
Allah Maha Pemberi ampun dan segalanya, kemampuan kita berkisar kepada keampunan untuk kita memohon sesuatu padanya. Tetap kesali kesalahan dan kekuraangan kita, namun perjuangan kita tetap diteruskan dalam limpahan keredaan n kurnianya.

cun09 said...

{{abd razak}}

Salam sahabat...

Saya sihat ^_^

Tp kalau akhir thn. saya 'suka kejar' masa...terasa cepat masa 'tinggal' saya...

Terima kasih komen dr sahabat, buat saya 'berfikir'

cun09 said...

{{musi}}

salam saudara...

semoga diri ini selalu beringat, masih byk kelemahan pd diri ini...

terima kasih saudara ^_^

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Jangan rasa lemah diri krn perjuangan dihadapan masih byk liku2 yg perlu ditempuhi. Surah AliImran: 139 وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
Kita jgn mudah terikut2 dgn sistem yg byk membazirkan diri dan waktu sehingga kita jauh dari rahmat Allah SWT. Perbanyakan muzakarah dan amalan2 yg mendekatkan kita pada Allah SWT . Surah AzZumar:53 قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ
Wallahualam

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

komen yg begitu 'menarik' terima kasih ^_^

**lama tak singgah yee**

Guru said...

memang terasa diri ini banyak dosa yang sedang dipikul

cun09 said...

{{ a kl citizen}}

salam akak...

semoga kita semua mendapat keampunan dr ALLAH...insyaALLAH

sahromnasrudin said...

salam ziarah..kenal blog ini dr blog farhana..puisi diatas itu memang menarik..bisa menginsafkan..teruskan puisi sebegini ya :-)

deena farhana said...

salam kak liza..

maaf sgt dah lama deena x kesini..byk urusan, jrg dah online, pelagi nk blogging..aduh..sedih sgt..

apepun, sy suke puisi tu.. :)

slm syg buat kak liza..

cun09 said...

{{sahromnasrudin}}

salam...

terima kasih sudi singgah 'umah' saya ^_^

cun09 said...

{{deena}}

salam dik ^_^

terima kasih masih sudi luang masa mai 'umah' akak...walau apa pun yg berlaku pd deena akak doakan agar deena tabah menghadapinya...

**jaga diri ^_~**