Thursday, October 29, 2009

Maut...

" Bila kamu terkenang kepada orang yang telah mati,

maka anggaplah dirimu sudah seperti mereka!"

(Abu Dardak r.a.)


Ziarahilah jenazah untuk mengingatkan kita kepada kematian.

Ketika jenazah saudara, sahabat atau kenalan kita terbujur kaku,

cuba bayangkan itu adalah kita.

Akan tiba masanya kita sendiri akan memakai kain kafan yang putih.
Kenangkan kita berfesyen pakaian mahal dan cantik ketika hidup.
Bayangkan aroma kapur barus yang berbau di sekeliling,
itulah bau yang dapat menghilangkan bau hanyir mayat.
Kenangkan kita berwangi-wangian ketika hidup
akan mati sebagai bangkai yang paling busuk.
Lihat semua ahli keluarga yang pasti kita tinggalkan,
anak...suami...isteri...saudara...sahabat...
Ada yang berdoa,
Ada yang membaca quran,
Ada yang bersedih,
Ada yang bercakap-cakap,
Sebentar lagi semuanya akan pergi,
kita akan kembara sendirian untuk menghadapi
alam yang sangat asing bagi kita...
"Ketika kamu semua telah mengebumikan aku,
jangan segera kamu kembali.
Berilah sedikit masa untuk aku membiasakan diri
dengan alam yang baru dan asing itu."
(Amru Ibn Ash)
Bagaimana agaknya malam pertama kita di alam kubur ?
Mungkin kita pernah menangisi kematian orang lain,
pernahkah kita menangisi untuk diri kita
apabila menghadapi kematian nanti ?
"Kami ini milik ALLAH, dan kepada NYAlah kami akan dikembalikan"
( Al Baqarah 2:156)
**Ingatan untuk diri ini yang masih lalai...**
Hidupkan hati dengan mengingati MATI...!!!
Pastikah bila kita akan mati?
Dimana?
Bagaimana bentuk kematian kita?
"Ya ALLAH ya Tuhan kami, sudahilah hidup kami
dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah)
dan jangan Engkau sudahi hidup kami
dengan kesudahan yang jahat (suul khatimah)"

16 comments:

Abd Razak said...

assalamualaikum...:)

Bersedia sebelum mati...

- Sentiasa melakukan amalan yang boleh memberikan pahala.
- Sentiasa menjauhkan diri dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Segera memohon kemaafan daripada orang yang kita telah lakukan kesalahan.
- Banyak melakukan amal jariah.

Dearie Pearls said...

Sahabatku,
Teringat kazen yang pergi March lepas.

Hanya boleh menangisi dan dalam tempoh itu juga ku senantiasa terfikir bagaimana esok aku dah tak ada..?

Pelbagai perkara yang menguasai fikiran.

Sahabat,
Thanks for sharing this..

Honeyz said...

salam kak..

setakat ni alhamdulillah orang2 yg rapat dgn saya semuanya masih ada di dunia ini.. mgkn sebab saya belum cukup kuat utk diuji dengan kehilangan mereka yg tersayang.. "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

tapi saya pernah je lihat jenazah yang terbujur kaku depan mata saya.. paling saya ingat, jenazah adik kepada seorang kenalan.. wajah arwah tersenyum manis.. mukanya bercahaya.. sungguh mendamaikan mata yang melihat..

mengingatkan rupa arwah di saat tu, membuatkan saya terfikir2, bagaimana pula diri ini saat dijemput izrail kelak? sudah cukupkah bekalan untuk dibawa ke "sana"? sudah bertaubatkah atas segala dosa2 yang dilakukan, samada secara sedar mahupun tidak?

Ya Allah.. sungguh diri ini terasa begitu kerdil lagi hina di mataMu..

Sama2lah kita tingkatkan amal ibadat, dan semoga berakhirnya hayat kita di dunia ini, adalah dengan penamat yang baik (husnul khotimah)... Aamiiin..

Izariza said...

salam Cun,
mengingati mati itu riadhah hati paling mujarab untuk mentaqarrub diri kepada-Nya kerana hati kita seringkali lupa, jiwa kita selalu saja alpa. terima kasih kerana berpesan2 demi kebaikan :)
Baarakillah ..

cun09 said...

{{Abd Razak}}
Salam saudara...

tq utk tazkirah ^_^

"Berbekallah, dan sebaik-baik bekalan ialah taqwa"
(Al-baqarah 2:197)

cun09 said...

{{Lol}}

Salam sahabat...

"Setiap manusia telah 'bertunang' dengan kematian, 'jodoh' itu pasti akan sampai.
Setiap hari kita semakin dekat dengan detik kematian"

cun09 said...

{{Honeyz}}

Salam hani...

" Diwaktu pagi janganlah kau katakan kepada dirimu akan hidup hingga ke petang, dan setibanya waktu petang jangan katakan kepada dirimu akan hidup sampai pagi.
Ambillah kesempatan masa hidupmu untuk persiapan mati, dan masa sihatmu untuk persiapan sakit. Kerana sesungguhnya kamu wahai Abdullah , belum tahu siapa akan dipanggil besok nanti"

(Riwayat Ibnu Hibban dari Abullah bin Umar)

cun09 said...

{{Izariza}}

salam sahabatku...

" Cara mati seseorang ditentukan oleh cara hidupnya"
( Imam Ghazali)

"Orang yang tidak pasti untuk apa mati, tidak layak untuk hidup!!!"

said...

++ salam...sentiasa lah menghadiahkan Al-Fatihah utk saudara2 kita yg telah tiada....++

Anem Arnamee said...

Salam :)

sedih, indah penulisan kali ni, sehikit sayu, betul, semakin kerap menziarahi mereka yg mati, hati jadi makin insaf :)

Dearie Pearls said...

Sahabatku,
Terima kasih kerana bersama LOL saat sedih hari tu.
Thanks much okey.

Take care.

mommy said...

tima kasih atas peringatan
takut sgt bile dgr berita kematian..
sbb xtau bile plak giliran kita

cun09 said...

{{yanie}}
salam...

semoga kita semua golongan yg selalu utk mendoakan mereka yg telah tiada...

cun09 said...

{{arnamee}}
Salam dik ^_^

Ingatan untuk diri kita semua yang masih lalai...

cun09 said...

{{LoL}}

salam sahabat ^_^

Ingat... semua yg berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya...

Semoga ceria sahabat...

cun09 said...

{{princess}}

salam dik ^_^

...Setiap hari kita semakin dekat dengan detik kematian, tapi kita juga semakin lalai dengan dunia...