Tuesday, October 06, 2009

Ikhlas...

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik,
liar dan maknawi sifatnya.
Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang
mampu menguasai hati.
Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan.
Dan ALLAH sahaja yang mampu menguasai hati manusia.
Dengan apa?
Ya, dengan ikhlas!



(majalah solusi isu no. 11)


Kerja itu satu Ibadah
Kita solat mungkin hanya memakan masa
hingga 10 minit satu waktu.
Jika dikumpulkan lima waktu, tidak sampai 1 jam pun.
Sebaliknya kita bekerja (contohnya di pejabat)
daripada jam 9 pagi hingga 5 petang (lebih kurang 7 jam).
Bayangkan jika ibadah itu hanya dapat dilaksanakan menerusi
pelaksanaan solat, kita hanya meluangkan masa
selama kurang 1 jam sahaja untuk "beribadah".
Bagaimana dengan baki 23 jam lagi ?
Padahal ALLAH meminta kita beribadah 24 jam.

12 comments:

Abd Razak said...

salam...

Teguh beriman dan bertaqwa dalam setiap tindakan, menyempurnakan tugas dengan amanah, bersifat ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab & jujur dan ikhlas dalam setiap usaha

Dearie Pearls said...

Salam Sahabat,
Perkara2 yang baik tulah sukar untuk kita laksanakan..

Guru said...

assalammualaikum

mencari ikhlas dalam bekerja inilah yang payahnya ya...sedang mencuba

cun09 said...

{{Abd Razak}}
Salam...
terima kasih atas ingatan...
InsyaALLAH akan buat ^-^

cun09 said...

{{Lol}}
Salam...
Kadang2 kita rasa sudah baik, tapi orang masih memandang tidak baik...

cun09 said...

{{a kl citizen}}
Salam...

Keikhlasan kita masih tidak sempurna selagi hati kita berkata "aku buat ikhlas niii"
...memang payah...

tq sudi singgah "umah" saya ^-^

Syuhairah said...

salam...

ikhlas..... satu perkataan... mudah disebut... mudah dikatakan.... namun susahnya ingin melaksanakan....

Honeyz said...

salam buat kak liza..

saye masih belajar, x keje lagi =D

tp sbg student pn, kdg2 rase terbeban juga dengan byknye assignment, test n exam..

tu lah kan.. kita manusia ni kena saling mengingatkan.. kalau x, mudah je hanyut.. tnpa sedar, kita terlebih utamakan hal duniawi berbanding ukhrawi..

soal ikhlas, mgkn agak sukar untuk kita btol2 wujudkan rasa ikhlas, tp yang penting niat kita kena kuat, n berusaha semampu mungkin untuk ikhlaskan diri kerana Allah SWT dalam setiap apa yg kita kerjakan..

thanx for sharing.. smbl2 mengingatkan diri yg adakalanya leka n alpa..

semoga kita hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.. aamiiin...

Anem Arnamee said...

Salam ziarah.

yerp3.. suka majalh solusi ea?
;)

cun09 said...

{{Syuhairah}}
Salam...
betul...betul...memang susah...

tq sudi singgah "umah" akak ^-^

cun09 said...

{{honeyz}}
Salam utk adik...

samaada kita sbg pekerja atau pelajar, ikhlas wajib berada didalam diri sesiapa pun untuk kita sempurnakan amanah yg diberi, semoga kita selalu beringat... ALLAH MAHA MENGETAHUI ^-^

cun09 said...

{{arnamee}}
salam...

suka sangat... pengisian ilmu dr majalah nii banyak menjadi pengajaran dan lain pendekatannya...

tq sudi singgah "umah" akak ^-^