Friday, April 20, 2012

NoTa JuMaaT...


بسم الله الرحمن الرحيم



tq (",)


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu,
 Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.



Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya,
 tuan nampaknya marah dan bangun?


Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya,
 seorang malaikat bersama denganmu yang mana
sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu,
tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu,
dan syaitan telah datang di antara kamu,
 dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan;
 oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.


(Hadith Riwayat Ahmad)

saya: cermin diri untuk sedar diri...

4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..:)

Benar apa yang dibicara. Guru ana pernah berpesan dalam kuliahnya, jauhkan dari mencaci sesama kita sebagai contohnya mengatakan kawan kita sombong dan sebagainya, kerana cacian itu akan mencari orang yang dicaci.

Jika cacian itu tidak menemuinya di bumi maka ia akan naik ke langit terus mencari. Jika tidak juga menjumpa orang yang caci itu, maka ia akan kembali ke bumi dan cacian itu akan kembali kepada orang mencaci tadi. Jika kita menyatakan orang itu sombong tapi sebenarnya orang tidak sombong maka kesombongan itu akan kembali kepada kita...Allahu Rabbi

Lihat betapa adilnya Allah SWT.

Moga sahabat sihat..

Zariza said...

Saya tercari-cari butang 'like' namun tiada ketemu .. oh barulah saya sedar ini bukan status Facebook :)

Satu peringatan ringkas namun penuh erti. Thanks for sharing :)

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

jazakallah sahabat, blom penah dengar lagi kisah niii...MAHA ADIL...

**moge sihat**

cun09 said...

{{zariza}}

utk kita sama2 ingat ^__~

**moge sihat**