Friday, July 29, 2011

BuYuTuNa Fi RamAdHaN...


بسم الله الرحمن الرحيم

Tok tok tok! “Assalamualaikum.” Sedang asyik memasak di dapur, Ammar dikejutkan dengan ketukkan di muka pintu.
“Ish, siapa pula yang datang pagi-pagi ni.” Bisik hati kecil Ammar.
Sebelum membuka pintu, Ammar mengintai siapakah gerangan orang yang datang ke rumahnya pada hari minggu ini 
melalui tingkap di sebelah pintu.
“Hujung minggu macam ni orang nak berehat la.” Detik hati kecil Ammar yang geram dengan kedatangan tetamu yang 
tidak diundang.
Melihat saja kelibat tetamu di hadapan rumah, Ammar terkejut. Terus dipandang kalender di dinding. 1 Ogos 2011. 
Tarikh yang dibulatkan.
“Alamak! Lupa. Cikgu Umayr dah kata nak datang hari ni. Macam mana boleh lupa ni?”
Ammar memerhati keadaan rumahnya. Di ruang tamu baju bersepah-sepah, surat khabar merata-rata, pinggan 
mangkuk tak terbasuh, dapur yang penuh dengan percikan sambal nasi lemaknya.
Kelam kabut Ammar mengemaskan rumah yang tidak teratur. Kedatangan Cikgu Umayr bukanlah kedatangan 
mengejut. Kedatangannya telah diberitahu 2 bulan yang lalu. Tapi disebabkan Ammar terlalu sibuk dengan kehidupan
 diri-sendiri, terlupa dengan kedatangan tetamu yang penting ini. Dan sekarang Ammar dalam keadaan yang masih 
belum bersedia untuk menyambutnya.


Begitulah juga dengan Ramadhan. Kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini telah diketahui setahun yang lalu. 
Dan Ramadhan bukanlah calang-calang tetamu yang bakal bertandang ke rumah, bahkan Ramadhan adalah kekasih 
yang sentiasa dirindui dalam doa.
“Allahumma balighna Ramadhan,” Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan.
Tapi bagaimana dengan persiapan kita? Adakah seperti Ammar? Bimbang nanti kedatangan tetamu ini hanya berakhir 
dengan kepulangan yang hampa.
Tetamu sudah hampir sampai. Tiba masanya untuk kita bersedia. Bersedia menghiaskan rumah kita dengan penuh 
keindahan sepanjang tempoh tetamu yang dirindui bertandang.
Hiasilah dengan qiamullail, inilah saat untuk kita berdua-duaan dengan 
Sang Pencipta dalam kesayuan bulan Ramadhan.
Hiasilah dengan bangun sahur walaupun dengan hanya seteguk air , 
yang di dalamnya terkandung rahsia keberkatan Ilahi.
Hiasilah dengan solat berjemaah, biar sama-sama merasa kekuatan sebuah ikatan ukhuwwah fillah.
Hiasilah dengan tadarrus Al-Quran, agar basahan ayat-ayat cintaNya bertaut di hati yang kusam.
Hiasilah dengan iftar bersama sahabat-sahabat, pasti kemanisan berbuka puasa akan lebih terasa.
Hiasilah juga dengan solat-solat sunat, untuk kita sama-sama mengejar pahala yang berganda-ganda nilainya.
Moga Ramadhan kali ini dipenuhi dengan seribu satu makna yang mendalam. 
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan.
~sumber-isma~
saya: cermin diri untuk sedar diri...

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum ya sahabat..:)

Moga sahabat dikurniakan kesihatan yang baik lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang akan menjelma sekejab lagi..

Ya, sambutlah tetamu agung ini dengan penuh hormat dan hiasilah ia dengan amal soleh..

kella said...

Kak Liza ku sayang! =)
betul lama kita tak menyinggah ke sini... akak sihat ke?

salam ramadhan untuk akak dan sekeluarga.. gane pose dinung? ok ke?

terim akasih sudi berkongsi..
betul.. sesungguhnya kita semua patut bersyukur sempat bertemu lagi Ramadhan kali ini! entah tahun depan sempat atau tidak...

cun09 said...

{{abd razak}}

semoga sahabat juga sihat n dpt mengerjakan ibadah di bulan ramadhan ini ^_^

cun09 said...

{{kella}}

salam adik ku sayang ^_*

same2 membz laaa kita eeekk...moge kella sihat...

puasa kt umah sendiri memang best...tp bila ramadhan tiba, ingat kenangan di MH, walaupun tanpa famili tp tetap "meriah"...rindunyee..

Honeyz said...

salam kak liza... rindu sgt2 kat akak.. maaf lewat kemain nk balas singgah, agak bz (T_T) ...

akak sihat? puasa mcm mane?

tertarik sgt2 dengan cara penyampaian akak.. santai tp penuh bermakna.. syukran atas perkongsian..baarakallahu fiik..

sedar x sedar, ni dh pn hujung ramadhan..tinggal bape hr je lagi dh nk raye.. selagi masih de baki beberapa hr ni, hargaila mase yg ade tu kan.. tetibe rase cedih pulak.. :( yela, bulan puasa biasenye "meriah"..nk tunggu ramadhan thn depan, ntah masih berpeluang atau x..wallahualam..harapnya masih pnjg lg la umur..aaamiin..

akak take care tau! syg akak sgt2.. (^_^)

cun09 said...

{{honeyz}}

salam adik hani...

**moga sihat**