Saturday, April 16, 2011

TaK tErLiHat...



بسم الله الرحمن الرحيم


Tak Terlihatkan...




Tanpa sedar
manusia tidak pernah akan sempurna
tanpa sedar
manusia acapkali melakukan dosa
saban hari saban waktu
walau kecilnya dosa itu
tak terlihatkan
namun semakin menebar
kelam suram hati nurani
meracuni fitrah suci.

Mana datangnya?
rasa resah gelisah
mana datangnya?
rasa bosan mencuka
gerak hati kecilmu sering menjerit rintih
tidakkah kau dengari atau memperhalusi?

Bagai baju yang perlu dibasuh
setelah kau pakai seharian
apakah warna air basuhannya?
putih atau hitam?

Sampai saatnya kau pasti akan bertemu
Pencipta sedia dihadapanmu
kau bawa apa jua amalmu
tidakkah kau rasa takut?
jikalau kau tersungkur ke lembah seksa.

Pintu kembali masih terbuka
Pintalah ampun setulusnya
saban waktu saban detik
atas dosa yang tak terlihatkan
namun terkesan pada jiwa fitrahmu.
 


Sumber: Putra Rman



pic pinjam...tq

saya: cermin diri untuk sedar diri...

4 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Rasulullah saw, pada permulaan hidupnya pun tidak berpetunjuk dan hidup dlam keadaan dhaif sehinggalah Allah SWT mendatangkan AlQuran. Surah AdDhuha:7-8وَوَجَدَكَ ضَآلاًّ۬ فَهَدَىٰ (٧) وَوَجَدَكَ عَآٮِٕلاً۬ فَأَغۡنَىٰ Dan didapatiNya engkau tiada berpetunjuk, lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (7) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
Demikianlah terjadinya proses Qadha dan Qadar hidup kita jika sekiranya kita menjejaki AlQuran. Dgn AlQuran, Allah SWT telah menghidupkan ruh kita dan sebelum ini kita adalah ibarat bijibenih yang telah mati. Surah AsSyura:53 وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: Cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami .Allah SWT tidak akan membiarkan selama2nya hidup selama2nya dlm keadaan begini sehinggalah Dia memisahkan diantara AlKhabaits (Yang Buruk) dgn AtTaib (Yang Baik). Surah AlAnfaal:37لِيَمِيزَ ٱللَّهُ ٱلۡخَبِيثَ مِنَ ٱلطَّيِّبِ وَيَجۡعَلَ ٱلۡخَبِيثَ بَعۡضَهُ ۥ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ فَيَرۡڪُمَهُ ۥ جَمِيعً۬ا Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman) dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya.
Kelompok baik dgn kelompok baik begitulah sebaliknya. Hidup ini perlu disaringkan dan sekirannya kita tidak buat sesuatu, kita sendiri yang akan disisihkan. Wallahualam.
p/s maaf tulis agak panjang!

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat ^_^

syukran atas komen sahabat...

bila kita susah, kita menyalahkan qadha dan qadar dr ALLAH,tp bila kita senang kita sering lupa qadha dan qadar dr ALLAH...manusia...

**takpe pjg,isi tuuu yg dicari ^_^**

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..:)

Moga sahabat sihat hendaknya dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT..

Barangsiapa merindukan syurga, ia bergegas melakukan kebaikan-kebaikan; barangsiapa takut dari api neraka ia akan berhenti dari menuruti hawa nafsu; barangsiapa yakin dengan kematian, hancurlah kelazatan-kelazatan di hadapannya; dan barangsiapa telah mengenal dunia, maka musibah-musibah terasa ringan baginya.

~Sayyidina 'Ali bin Abu Thalib~

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

syukran sahabat buat saya mengingati semula kata-kata Sayyidina 'Ali bin Abu Thalib