Friday, March 04, 2011

Boleh ke?...


بسم الله الرحمن الرحيم

Enam petang, 
Hajar masih di pejabat, setia dan tekun menyelesai kerja-kerja di mejanya.
Tangan Hajar mencapai telefon bimbitnya...
" Esok hari minggu, kau free? Boleh hantar Sarah ke klinik tak?"
Hajar menaip...
"Esok kalu aku free aku bagitau" - send

Sepuluh pagi...
" Sorry Sarah lewat sikit, ada orang mai umah tadi..."
Sarah membuka pintu kereta Hajar...Lima orang anaknya masuk...
"Aku yang patut mintak maaf, selalu menyusahkan kau jeee"
Hajar tersenyum memandang Sarah yang sedang
sarat mengandung anak ke 6...

Selesai aktiviti di klinik...
" Hajar kita singgah kat tasik nii kejap, boleh? 
Dah lama anak-anak aku tak datang sini, abahnya asyik kerja"

Bawah pokok di tepi tasik...
Sambil melihat gelagat anak-anak Sarah bermain buaian,
Hajar tersenyum sendirian sambil membuka plastik kacang
"Hajar boleh aku cakap sikit?"
"Eeermm..."
sambil matanya melirik pada Sarah yang sedang minum...
"Kalu aku cakap, kau jangan marah eeaakk"
"Eeermm..." 
Masih setia memegang plastik berisi kacang...
"Kita dah berkawan sejak tingkatan 3 lagi...sekarang dah hampir 21 tahun"
Sarah memandang Hajar yang setia mendengar kata-katanya...
"Sebenarnya aku nak bagitau sesuatu kat kau...
tapi engkau jangan tekejut pulak...
apa kata kita bermadu?,
sebelum umur kita 40 tahun bolehlah kau dapat anak...
dah lama aku fikir nak bagitau kat kau,
tapi rasanya hari niii yang paling sesuai agaknya"
Hajar tersenyum...
"Kelakar betul laaa kau niii Sarah,
ada pulak kau boleh terfikir sampai macamniii"
"Hajar, tak ada apa yang nak kelakar...aku cakap betul laaa"

Dipejabat...
"Hajar...bos nak jumpa kau tuuu" 
Lamunan Hajar terhenti seketika 
dan tersenyum bila mengingatkan peristiwa
bersama Sarah kelmarin...


Jika anda seorang isteri seperti Sarah...
Jika anda seorang sahabat seperti Hajar...
Jika anda seorang suami yang mempunyai isteri seperti Sarah...
Apa komen anda???



pic pinjam...tq

saya :

MySpace

28 comments:

Unknown said...

tak mampu memberikan komen :(

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga sahabat sihat hendaknya..:)

Pemberian yang Allah berikan kepada kita bukanlah milik mutlak kita. Semuanya dalam perkiraan pinjaman semata termasuklah suami, isteri, anak-anak. Kalau ditakdirkan pemberian atau pinjaman itu dianugerah atau ditarik mesti ada sebabnya.

Jika kita fikir kebahagiaan itu hanya untuk di dunia semata, maka kita tidak akan dapat jadi Hajar atau Sarah serta suaminya.

Anonymous said...

sebagai seorg wanita..sesungguhnya mdu itu terlalu pahit..bkn manis seperti yg selalu dianggap oleh lelaki..mmg payung syurga dijanjikan..tetapi sbgai seorg manusia..pd awlnya mungkin rase dpt menerima seorg madu apatah lg bergelar sahabat baik..tp manusia ni..lma2 akan timbul jg perasaan x puas hati..tamak..dengki..walaupun sdkit..ada ke manusia yg sesempura itu sekrg..apatah lg di dunia akhir zmn ini. oleh itu..ini pendpt sy. sbgai seorg wanita. selg boleh dielak insyaAllah elak lah dr menjadi madu..apatah lg madu kwn baik sdr. kerana dr kwn bertukar menjadi lwan plak..so apa gnnya nnt? pahala yg dikejar? bahagia yg dikejar? tp sebaliknya plak yg terjd..tp tu pendpt msg2...x ada kena mengena dgn hidup atau yg mati.

Dearie Pearls said...

sahabat,
takde ending ke citer tue?
hehehe..

*saya juga hanya mampu baca je.
nak letakkan diri sebagai Sarah ataupun Hajar mcm tak tercapai dek akal.

sukar lak situasi tue..

*saya baik2 saja sahabat.
harap sahabat saya ni juga akan baik2 saja.
selamat beristirehat di hujung minggu.

K.Nor said...

salam liza... k.nor pun tak reti gak nak bg komen... k.nor sgt2 bersetuju dgn pendapat anonymous..

bukan mudah utk hidup bermadu.. bukan semua hati perempuan sama spt hati sarah.. dan rasanya k.nor tak mampu utk menjadi spt sarah..

Nurul Adni Adnan said...

Assalammu'alaikum warahmatullah

Kak, terima kasih banyak ziarah blog saya, dan bawa saya baca entri yang menarik ni :)

dulu, saya tak terfikir akan ada situasi sebegini, tapi bila saya dah hadapi, alhamdulillah ALLAH selalu bagi kekuatan bila kita memilih untuk melakukan kebaikan,...

hingga ke akhir nyawa kita perlu mujahadah.. mujahadah utk menjadi isteri yang diredhai, anak yang diredhai, menjadi madu yang diredai ALLAH..

bila cinta pada ALLAH telah pasti ingin kita suburkan, kita pun akan sungguh2 membersihkan hati dari aura negatif.. supaya, samaada poligami atau tidak, kita bersangka baik dan positif pada semua ujian dan kurniaan..

saya sangat suka dan sangat sayang suami saya, maka saya pun bahgaia jika suami saya mencintai dan dicintai isteri-isterinya.. saya suka jika suami saya menikahi wanita lain..

: husna : said...

saya terkedu...xberani nak mengatakan apa2

Izariza said...

kadang-kadang kita tidak mampu memilih apa yang kita mahu atau tidak mahu, kerana Allah itu sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita :)

wallahua'lam..

tajnur said...

Assalaualaikum wbt
Bukan masalah boleh ke tidak tetapi lebih kpd tuntutan syariat krn asas perkahwinan dlm Islam adalah kedua2 psgn MESTI menegakkan hukum Allah. Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ‌ۗ Bahawa sekiranya kedua2 ingin berkahwin, sesungguhnya beratsangka kami kedua2 mesti menegakkan hukum Allah. Ayat inilah yg menjadi perbahasan Imam Mazhab dlm Istibat Hukum Usul AlFiqh dlm masalah perkahwinan w/pun ayat ini mengenai rujukan perkahwian kali k2 2, tetapi ayat itulah yg menjadi `nas istilal`nya krn mrk merupakan org2 yg rosikh dlm ilmu. Pendekata, tidak timbul masalah cemburu, susah kehidupan, perbezaan umur, pasangan ramai bermadu dsb krn kalau nak ceritakan kisah2 sahabat r.anhum mmg tidak dpt nak gambarkan krn akan timbul fitnah! Tetapi kalau tak perlu kahwin , elok juga krn Imam Syafie dan Imam Nawawi rahmatullah alaihuma pun sampai akhir hayat tidak pernah berkahwin krn fokus pada kerjaya penyebaran Agama Islam. Wallahualam.

Al - Mu'allim said...

Menarik kisah ini dan persoalan yang diutarakan.

Namun realitinya di zmn ini, perempuan itu tidak sanggup dimadukan wlpn dgn shbt sendiri.

Dearie Pearls said...

Hi sahabatku....
ke manakah geranganya pergi sahabatku ini?
hehehe..
harap baik2 saja k...

kella said...

saya pernah terfikirkan begini sebenarnya, andai aku punyai teman baik yang sanggup,
sebenarnya pernah mengutarakan hal ini kepada seorg sahabat baik itu, dia ingatkan saya ni bergurau.. tapi betul2, sebab saya suami isteri belum dikurniaka cahaya mata, sebab kasihankan si suami, kesihan dia tak punya pewaris so relakan kot dia kahwin lain, walau dalam hati berat..
tu lah kalau boleh dapat madu yang kita percaya, kalau sahabat baik lagilah bagus...

wlau dalam hati keluh resah dan pedih, namun kerana sayangkan dia, memang sanggup...
tapi si suami? entah bagaimana ya..?

:)

said...

bermadu...erm...sukar jari ini utk meninggalkan komen mengenai bermadu....

(^^,)❤..

Izariza said...

Mana perginya sahabat saya? menghilang dalam kesibukankah? :)

cun09 said...

{{iqbal}}

salam ^_^

x ade watak utk iqbal ^_^

cun09 said...

{{abd razak}}

salam ^_^

syukran komen dr sahabat ^_^

masih ramai yg berfikir kebahagiaan hanya untuk di dunia sahaja...takut utk menjadi diri sendiri, menghadapi setiap masalah...

cun09 said...

{{sahabatku}}

salam ^_^

syukran komen dr sahabat ^_^

Sabda Rasulullah:
"Ketahuilah bahawa pada jasad
terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya,jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati."
- Shahih Imam Bukhari -

**hati manusia yg berbeza-beza**

cun09 said...

{{LoL}}

sahabatku ^_^

ending ?? mmmm...sedih dan gembira buat hajar dan sarah ^_^

cun09 said...

{{kak nor}}

salam ^_^

syukran komen dr akak ^_^

benar kak nor,mungkin dlm 10 org, 1 org jee leh jd mcam sarah...

cun09 said...

{{nurul}}

salam ^_^

syukran komen dr adik ^_^

eerrrmmm...akhirnya ada juga yg boleh dan menerima utk jd spt 'sarah' ^_^

tidak memikirkan kebahagian dunia shj, spt komen sahabat abd razak dan tajnur...mungkin sebab nurul telah berada dalam kehidupan 'sarah'

cun09 said...

{{husna}}

salam ^_^

tak mau pegang apa2 watak kee??

terkedu itu juga buat kita berfikir...

cun09 said...

{{izariza}}

salam ^_^

syukran komen dr sahabat ^_^

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

cun09 said...

{{tajnur}}

salam ^_^

syukran komen dr sahabat ^_^

bukan semua yg nak kahwin or yg dah kahwin, dlm hati mereka nk menegakkan hukum ALLAH...tengok saje yg menunggu di mahkamah selepas kahwin w.pun hanya beberapa bulan...

cun09 said...

{{al-mu'allim}}

salam ^_^

syukran komen dr sahabat ^_^

benar...antara masalah yg sukar bg seorg perempuan utk membuat keputusan...berkongsi kasih...

cun09 said...

{{LoL}}

sahabatku LoL ^_^

saya baik2 sajee, moge kamu juge sihat ^___*

cun09 said...

{{kella}

salam ^_^

eeerrmmm rupenyee 'sarah' juge berada dlm diri kella...

kalu sahabat baik lagilah bagus...tp ada jugee yg bg komen takut2 sahabat baik akan jd musuh lepas kahwin ^_^

ape kata suami kella yeee??!!

cun09 said...

{{yanie}}

salam ^_^

kak liza faham kenape jari2 yanie sukar nk komen ^___^

**selamat pengantin baru**

cun09 said...

{{izariza}}

salam ^_^

ke bz an tahap melampau kot ^_*

**akan beransur pulih**