Wednesday, November 17, 2010

RedhaMU...


pic pinjam...tq


Mencari Cinta Hakiki Mendamba Redha Ilahi

Payah benar kurasakan,
Menelusuri hari demi hari..
Mencari cinta hakiki,
Yang mekar di hati insan..
Bukan cinta nafsu namun cinta fitrah insani,
Yang disalurkan kpd jalan yang suci..
Hanya satu cara..
Melalui satu ikatan yang suci,
Itulah Pernikahan abadi..

Kuingini cinta itu hanya di alam pernikahan..
Dan kuyakini, cinta setelah itu
adalah cinta yg diredhaiNya..
Kerana itulah syariatNya
Yang MESTI kita ikuti
Demi meraih redha ilahi..

Allahu Rabbi..
Adakah aku dipandang mundur
Hanya kerana berpegang pada prinsip ini
Bertegas pada kaum adam
Agar iman mereka tak luntur
dek kelembutan kaum hawa..
Apakah ianya salah?

Mencari pasangan hidup..
Bagiku bukanlah semudah memetik jari..
Apakah insan bernama wanita,
perlu menggunakan semua wataknya
untuk memaut hati lelaki??

Adakah itu jalannya bagi memudahkan cara?
Sungguh pendapat itu tidak dapat kuterima!

wahai insan bernama wanita..
tetaplah teguh dirimu pada jalanNya
memenuhi semua tuntutanNya
memagar dirimu dengan malu dan taqwa
usah terpesona dengan madah berbunga
sang nafsu yg berpuaka

kerana Allah dan Rasul ada janjinya
buatmu muslimah yang memelihara diri
jangan pernah dikau ragu!
kerana janjiNya pasti BENAR!

allahu Rabbi..
sabarkanlah hatiku, tabahkanlah jiwaku
moga pendirianku tetap teguh padaMu
sungguh ku mencari cinta hakiki dan
Aku mendambakan Kasih dan RedhaMu Tuhan..
Agar segalanya indah bersama Tuhan..
Amin3 Ya Rabbal A'lamin...

sumber

saya: cermin diri untuk sedar diri

6 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabatku..:)

Moga sahabat sentiasa dalam keadaan sihat dan rahmat kasih sayang~NYa..

Barangsiapa mengenal Tuhan, ia pasti mencintai-Nya; dan barangsiapa mengetahui hakikat dunia, ia pasti menjauhinya.

Melatidaisy said...

salam alaik ukhti :)

akak sihat? akak kt mane skrg? sy dah start cuti.. kalau ade rezki ke KT leh jumpa akak :)

syukran kak for dis nice sharing. sgt bermakna bg sy..mnghayati setiap bait kata nya betul2 memuhasabahkan diri ini .. jazakillah :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Tak salah mencari sesuatu yang mengikut fitrah manusia krn agama Islam itu mmg mengikut fitrah manusia asalkan mgikut batas syariatnya. Surah arRum:30 فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus.
Tetapi adakalanya, manusia ni mudah tersasar dek keindahan penghidupan dunia walhal kita hidup didunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja. Surah AlKahfi:28 وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka [karena] mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
Apa yg penting, diri kitalah yg perlu dibina terlebih dahulu, (Surah AlIsra`:14ٱقۡرَأۡ كِتَـٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفۡسِكَ ٱلۡيَوۡمَ عَلَيۡكَ حَسِيبً۬ا
InsyaAllah barulah Allah lapangkan perjalanan hidup kita krn Allah SwT mengetahui kehendak diri kita.
Walallahualam

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

semoga kita menjadi org yg mengetahui hakikat dunia, supaya kita tau kita hanyalah 'sementara' disini...insyaALLAH

cun09 said...

{{melatidaisy}}

salam dik ^_^

sudah lama tak singgah 'umah' akak yeeeaa ^_*
waaah suka bebenor udah cuti pjg, kak liza masih di kay tee, kalu nak jupe leh jeee!

yup! ayat2nya memang 'canteeq' utk kita renungkan...

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat ^_^

komen sahabat buat saya 'merenung' dan 'berfikir'...
terima kasih ^_^