Tanggal 11hb. Ogos…
Saudari hanya ada masa 30 hari untuk hidup,
mungkin 10hb Sept saudari tiada lagi di dunia ini…
Aaaggghhh hanya 30 hari???...
Saya tidak akan keluar rumah lagi,
saya hanya akan beribadah kepada ALLAH.
Ini Ramadhan saya yang terakhir, saya akan puasa sebaik mungkin,
puasa yang diberi pahala, yang telah janjikan oleh ALLAH,
saya akan mengerjakan solat terawih hingga
ke malam terakhir Ramadhan,
bukan seperti tahun-tahun yang lepas,
10 malam terakhir saya sibuk membeli-belah untuk beraya,
saya akan membaca quran sehingga selesai,
mungkin ini khatam terakhir saya.
Saya akan melakukan solat fardhu secara berjamaah…
sanggup saya ke masjid di subuh hari? Saya akan lakukan!!!
Ma kita berpuasa dan bersahur hanya untuk Ramadhan ini,
kita tidak akan puasa bersama lagi untuk tahun seterusnya…
untuk kakak dan adik kita hanya akan
berterawih hanya Ramadhan ini …
Saya tidak akan pergi kerja lagi, saya akan
minta cuti tanpa gaji untuk satu bulan,
duit sudah tidak ada apa-apa lagi untuk saya buat selepas ini…
saya akan tinggalkan kehidupan dunia.
Saya akan melakukan yang terbaik untuk diri ini
sebelum saya pergi untuk selama-lamanya,
hanya 30 hari sahaja YA ALLAH…
Kenapa baru sekarang saya hendak melakukan yang terbaik??
Sudah berapa tahun saya hidup di dunia ini,
bukan ini tahun pertama saya melakukan ibadah puasa!!!
Adakah kerana saya sudah tahu tarikh kematian,
baru saya akan melakukan ibadah yang terbaik??
Malunya saya kepada ALLAH,
dengan kehidupan saya untuk sepanjang Ramadhan ini…
Bagaimana dengan kehidupan saya sebelum ini??
Itulah diri kita yang penuh dengan lakonan.
Bagaimana perasaan kita bila ALLAH
telah menetapkan tarikh kematian?
ALLAH MAHA MENGETAHUI
Bila dan dimana kematian kita adalah
antara salah satu rahsia ALLAH
Kita hanya perlu “bersedia”
saya: cermin diri untuk sedar diri...
2 comments:
Salam sahabatku..:)
Semoga sihat hendaknya dalam mengerjakan ibadah puasa...
Moga ruang dan waktu yang telah Allah peruntukkan untuk kita digunakan sepenuhnya untuk beribadah kepada~Nya.
Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. [Al-Baqarah: 269]
{{abd razak}}
salam sahabat...
semoga sihat ^_^
semoga kita bukan dikalangan orang yg rugi...insyaALLAH...
Post a Comment