Saturday, June 05, 2010

Buku baru...

Salam untuk semua sahabat...

Cepat benar masa berlalu,
sudah hampir setengah tahun kita berada di tahun 2010...
selamat bercuti untuk adik2 semua dan warga pendidik.
Semoga dipermudahkan buat emak saudara yang
mengerjakan umrah sempena cuti sekolah.
Sempat berbisik kat mak teh:
jangan lupa doakan liza agar dapat 'melepas rindu'
(kenapa hati ini begitu kuat teringat 'disana')

Pagi tadi saya baru habis baca novel baru,
tentang kematian (walaupun hanya cerita dari sebuah buku)
tapi banyak yang boleh difikirkan,
sekarang baru selesai baca n3 adikmelatidaisy
juga tentang kematian seorang sahabat,
semuanya telah diatur oleh ALLAH...

Sebenarnya saya nak kongsikan novel baru nii...
bila dah baca n3 adik kita, terus menaip mukadimah lain.

Sudah agak lama saya tidak membeli novel,
masa untuk membaca novel agak terhad sekarang ^_^
tapi bila saya terbaca ustaz zahazan syorkan buku ini,
terasa ada 'tarikan', kebetulan my sis beli dan
saya pun 'merasmi' laa petang semalam
dan pagi tadi, 2 bab terakhir...(hari niii cuti)
memang sarat dengan pengajaran
apabila kita diberi ujian oleh ALLAH
...lain dari yang lain...

Penulis buku ini:
Aneesah Aliyyah

Diterbit oleh:
Telaga biru Sdn Bhd- Januari 2010

"Perempuan selalunya dikawal oleh emosi mereka.
Apabila mereka dalam situasi tertekan, terlalu sedih,
terlalu sayang, terlalu marah
atau terlalu kasihan mereka selalunya akan
membuat pertimbangan menurut emosi mereka itu.
Pada waktu marah, mereka akan
terlebih menghukum.
Ketika kasihan mereka akan terlalu lembut.
Kerana inilah, dalam islam, wanita tidak boleh
dilantik menjadi pemimpin umum."


"Tuhan dalamnya cintaku kepada-MU
mengatasi cintaku terhadap suamiku,
anak-anak dan keluargaku.
Bawalah aku pulang ke kampung akhirat
untuk bertemu dengan-MU"



saya: 'hantu novel'...novel lagenda budak setan...kenangan

10 comments:

Abd Razak said...

Salam sahabatku ^_^

Apa khabar? Moga sihat hendaknya. Saya kurang sihat hari ni, sakit kepala dan rasa penat.

Terima kasih utk info novel tu. Kalau ada masa mahu juga mencarinya utk jadikan bacaan sambilan.

** Kenapa sepi diblog saya**

Dida... said...

Salam Liza..

sungguh benar rangkap2 akhir tu.. terasa betul menepati perasaan saya jika menghadapi situasi2 tertentu..

Thanks liza kerana berkongsi info ini.. sangat suka... :)

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat ^_^

Alhamdulillah saya sihat...semoga saudara cepat sembuh,ALLAH nak gugurkan dosa kita kalau sakit kan?! ~redha~

walau pun ia sekadar buku cerita tp terasa 'lain' bila baca...

***ada saya p 'umah' saudara, sebab saya ketinggalan mungkin saudara tidak perasan...saya masih membaca apa yg saudara kongsikan***

cun09 said...

{{Dida}}

salam sahabatku ^_^

senyum liza tengok nama Dida ada diruangan komen setelah lama 'bercuti'...terima kasih kerana masih sudi singgah 'umah' liza

setiap yg berlaku ada hikmah dari ALLAH, sabar dan rehda...nak liza poskan buku nii ke madinah??

**salam rindu n jaga diri**

Dearie Pearls said...

Hi Sahabat..

Bagaimana perkhabaran sahabat?
Moga sihat hendaknya..

Nama Dida sentiasa dinanti.
Happy dia dah kembali.
Terasa nak senyum juga. hehehe..

Saya bukanlah pembaca novel yg tegar tetapi baru2 ni ada kwn tumpang duk bilik. dia kaki novel..

apalagi..
kena jangkitan.
kekadang membaca best gak.
hehehe..

Selamat hari isnin..
..dan menikmati petang isnin yg indah ini.

Izzah said...

salam..
macam menarik je buku tuh..
sbb sekarang kurang benar novel islamik yg boleh menagkap jiwa..
dan suka sangat dengan bait2 akhir en3 nie..thanks for sharing..
:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Liza, lambaian Nabi Allah Ibrahim a.s. pada umat manusia mmg membuatkan seseorang itu boleh merindui tetapi bukan semua mrk yg terpilih! Surah AlBaqarah:126 وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا
Surah AlBaqarah:127 وَإِذۡ يَرۡفَعُ إِبۡرَٲهِـۧمُ ٱلۡقَوَاعِدَ مِنَ ٱلۡبَيۡتِ وَإِسۡمَـٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآ‌ۖ Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (doa dan amal kami).
Biasalah pula, perempuan ni selalu mengalami perembesan hormon estrogen dan progesteron menyebabkan ketidakstabilan emosi2 mrk. Fitrah manusia, mrk perlukan seseorang yg sentiasa sabar dgn kerenah dan boleh mengawal emosi mereka. Wallahualam

cun09 said...

{{Lol}}

salam...

semoga sihat sahabatku, ^_^

**sama2 rindukan sahabat kita... Dida**

cun09 said...

{{izzah}}

salam dik...

Boleh baca novel niii...lain dr yg biasa ^_^

**selamat bercuti**

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

betul...betul...sifat dan kerenah perempuan yg tak boleh dinafikan ^_^