Saturday, April 03, 2010

Selesai...


Alhamdulillah...selesai...
Tiga bulan pertama di tahun 2010, begitu cepat masa berlalu...
macam-macam perkara yang dilalui,
macam-macam masalah lagi yang akan dihadapi...

Kehidupan yang penuh dengan duri maksiat,
duri angan-angan kosong, duri keraguan, duri kejahilan,
duri keegoan, duri kemalasan, duri kedegilan, duri kemarahan...
Mampukah diri ini untuk menghadapinya?



(senja di pantai...ciptaanNYA)


Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah.
Koreksi satu persatu kesalahan kita.
Jangan nafikan realiti.
Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita,
maka akui hakikat itu.
Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana
kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.
(solusi isu no.17)


"Sesiapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya
Dia akan mengadakan baginya jalan keluar,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka"
(Surah Al-Talaq 65:2-3)

saya: cermin diri untuk sedar diri...

8 comments:

Abd Razak said...

Salam ^_^

Apa khabar? Moga sihat hendaknya.

Seseorang tidak akan lepas dari kejahilan, keraguan, kemalasan, berbuat maksiat dan kurang dalam menunaikan kewajipan, maka apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hamba-Nya, akan Allah segerakan baginya balasan (dari perbuatan dosanya) di dunia.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada hamba-Nya maka Allah akan menyegerakan balasannya di dunia, dan apabila Allah menginginkan kejelekan kepada hamba-Nya maka Allah akan menunda balasan dari dosanya, sampai Allah sempurnakan balasannya di hari kiamat." (HR. At-Tirmidzi dari Anas bin Malik)

tajnur said...

Salam!
Usia kita semakin lama semakin cepat berlalu sehingga tanpa sedari kita telah hidup dala kegelapan termasuklah sistem yg melalaikan kita dari peringatan Allah (AlQuran), Surah Tohaa:124,`Dan b/siapa berpaling dari peringatanKu (AlQuran), sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit`. Malah Allah biarkan ia dgn genggaman qarin (teman yg tak bercerai tanggal) sehingga ia lupakan Allah dan Allah melupainya (Surah AzZukhruf:36). Wallahualam

cun09 said...

{{Abd Razak}}

salam saudara...

Alhamdulillah sihat...

Kadang-kadang kita terleka dengan kehidupan kita, kita rasakan semuanya betul...apa yang kita buat betul, orang lain semuanya salah...kita terlupa yang kita juga banyak kelemahan...semoga balasan yang ALLAH berikan di dunia untuk mengubah kita dapat kita berfikir sebelum kita mati dengan sia-sia sebelum sempat bertaubat kpd ALLAH

cun09 said...

{{tajnur}}

salam sahabat...

Merasakan kehidupan ini kekal selamanya...lupa yang kita akan mati, syurga dan neraka sedang menanti... manusia yang lalai dengan kehidupan ciptaan sendiri tidak ingat lagi Al-quran petunjuk sepanjang hidup kita...

||alis|| said...

salam...

suka ayat "Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana
kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri."

sangat terasa :)

cun09 said...

{{alis}}

salam sahabatku ^_^

yeee liza pun terasa...betul2 terasa...

**buat diri ini berfikir tentang kurniaan ALLAH kepada kita...tentang diri kita sendiri **

Dearie Pearls said...

Salam Sahabatku Liza..

Bagaimana perkhabaran Sahabatku ini..?

Semoga baik2 hendaknya..

Ya..
Kita harus lebih kuat dalam menempuhi dunia yang penghuninya semakin 'berlainan'.
Kuatkan iman.

Semoga terus success, Sahabat..

cun09 said...

{{Lol}}

sahabatku Lol...

Semoga kita semua dalam rahmat dan redha dari ALLAH untuk menempuh cabaran dan rintangan di dunia ini...

**semoga dirimu juga sihat terutama nenek tersayang**