Wednesday, December 23, 2009

Memohon...

Di subuh hari…Ggeeerr!!!
Semua memandang kearah pintu surau,
ada seorang lelaki yang sedang memegang pintu.
Kenapa dengan orang ini ? Kenapa dia langgar pintu ?
Salah seorang dari jemaah menghampiri orang tua itu
lalu di pimpin untuk masuk ke saf berjemaah subuh.
Subhanallah…

Di saat pagi subuh begini, orang yang sihat dan
mampu melihat tetapi masih tidur,
sedangkan orang yang buta ini sudah bangun
berjalan dari rumahnya ke surau, seorang diri,
jalan meraba-raba, sampai merempuh pintu,
hanya untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
Ya ALLAH …

Dari Abu Hurairah r.a. :
Ada seorang yang buta datang menemui Nabi SAW lalu berkata :
“ Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak
ada seorang pun yang mahu memimpinku pergi ke masjid”
Lelaki buta itu memohon kepada Rasullullah agar
diberi keringanan untuk melakukan solat di rumahnya sendiri.
Rasulullah SAW pun memenuhi permintaannya.
Namun begitu lelaki itu hendak pergi,
Baginda SAW memanggilnya dan bertanya, :
“Apakah kamu mendengar azan ?”
Lelaki buta itu menjawab, :
“Ya” Rasulullah SAW bersabda,:
“Kalau begitu penuhilah”

(HR: Muslim)





Agama bukan mengikut keadaan.
Agama adalah sesuatu dimana kita mengikut perintah ALLAH.
ALLAH beri keadaan yang melanda seseorang,
kepada orang-orang yang mukmin adalah untuk memberi
ganjaran pahala kepadanya.
Dalam segala keadaan yang dia harungi,
dia mentaati perintah ALLAH,
ALLAH akan beri pahala atas ketaatannya dan
juga memberi ganjaran atas kesabarannya.
Jadi ALLAH datangkan keadaan kesusahan
kepada orang mukmin adalah untuk memberi pahala kepada mereka.
Setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan.
Bantuan ALLAH akan datang kepada kita sekiranya
kita percaya dan yakin bahawa bantuan datang daripada ALLAH.
Bersegeralah mengerjakan solat adalah seumpama
bersegera mencari rahmat ALLAH.
Apabila rahmat ALLAH datang sebagai pembantu dan penolong,
maka tidak mungkin kesusahan itu berterusan lagi.
InsyaALLAH…

4 comments:

Abd Razak said...

Salam saudari ^_^

Semoga kita dapat menyempurnakan solat kita. Ia bukan untuk orang lain. Kebaikannya kembali pada diri kita, sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Oleh itu, sesiapa yang meremehkan dan mensia-siakan soal ibadat solat, mereka adalah golongan yang sesat. Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka).” (Surah Maryam, ayat 59)

cun09 said...

{{Abd Razak}}

Salam...

Masih ramai yang mengabaikan ibadah solat, walaupun mereka tahu ia adalah tiang agama...ada yg melakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk, bila diri keseorangan ibadah itu tidak dilakukan...

Ibadah solat dan menutup aurat susah bagi orang yang melakukan kerana terpaksa bukan kerana ALLAH

Terima kasih untuk peringatan dan Firman ALLAH dari saudara...

Honeyz said...

salam kak liza ^_^

ada "rasa" pada entri akak yg ni.. org yg buta pun bersemangat ke surau di kala subuh hari.. sedangkan yang celik mata dan bisa melihat plak, bukan setakat x ke surau, tp nk bangun solat subuh pn ade kalanya liat kemain..

thanx sgt2 atas perkongsian yg memberikan kesedaran dan keinsafan pd diri ni.. baarakallahu fiik ya ukhti :)

cun09 said...

salam Hani...

Betul Hani... solat subuh niii memang susah nak bangun awal...tarik lagi selimut ada laaa...

Ingatan untuk diri kak liza juga ^_^