Di subuh hari…Ggeeerr!!!
Semua memandang kearah pintu surau,
ada seorang lelaki yang sedang memegang pintu.
Kenapa dengan orang ini ? Kenapa dia langgar pintu ?
Salah seorang dari jemaah menghampiri orang tua itu
lalu di pimpin untuk masuk ke saf berjemaah subuh.
Subhanallah…
Di saat pagi subuh begini, orang yang sihat dan
mampu melihat tetapi masih tidur,
sedangkan orang yang buta ini sudah bangun
berjalan dari rumahnya ke surau, seorang diri,
jalan meraba-raba, sampai merempuh pintu,
hanya untuk menunaikan solat subuh berjemaah.
Ya ALLAH …
Dari Abu Hurairah r.a. :
Ada seorang yang buta datang menemui Nabi SAW lalu berkata :
“ Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak
ada seorang pun yang mahu memimpinku pergi ke masjid”
Lelaki buta itu memohon kepada Rasullullah agar
diberi keringanan untuk melakukan solat di rumahnya sendiri.
Rasulullah SAW pun memenuhi permintaannya.
Namun begitu lelaki itu hendak pergi,
Baginda SAW memanggilnya dan bertanya, :
“Apakah kamu mendengar azan ?”
Lelaki buta itu menjawab, :
“Ya” Rasulullah SAW bersabda,:
“Kalau begitu penuhilah”
(HR: Muslim)

Agama bukan mengikut keadaan.
Agama adalah sesuatu dimana kita mengikut perintah ALLAH.
ALLAH beri keadaan yang melanda seseorang,
kepada orang-orang yang mukmin adalah untuk memberi
ganjaran pahala kepadanya.
Dalam segala keadaan yang dia harungi,
dia mentaati perintah ALLAH,
ALLAH akan beri pahala atas ketaatannya dan
juga memberi ganjaran atas kesabarannya.
Jadi ALLAH datangkan keadaan kesusahan
kepada orang mukmin adalah untuk memberi pahala kepada mereka.
Setiap kesusahan akan diakhiri dengan kesenangan.
Bantuan ALLAH akan datang kepada kita sekiranya
kita percaya dan yakin bahawa bantuan datang daripada ALLAH.
Bersegeralah mengerjakan solat adalah seumpama
bersegera mencari rahmat ALLAH.
Apabila rahmat ALLAH datang sebagai pembantu dan penolong,
maka tidak mungkin kesusahan itu berterusan lagi.
InsyaALLAH…