Tuesday, October 04, 2011

pAnDanG BeLakaNg LaGi...



بسم الله الرحمن الرحيم

Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara'
 n3 pandang belakang lagi sekali...
^____^



20.07.2011 ~~ 23.07.2011
ho chi minh ( vietnam )


Sukanyee boleh duduk kat tepi tingkap, pergi n balik
Antara pic yang sempat saya tembak...



makanan kat tempat mereka...
makan kat sini, eeeerrmmm boleh jeee laaa...





mereka mencari rezeki...
























gelagat mereka ditengah bandarayanya...
3 orang naik motor bukan budak2 tuuu



aksi-aksi ketika nak keluarkan duuuiittt ^__^



bangunan di sekitar hotel...



Dua kali tembak ^_^
sebenarnyeee pic niii saya tembak selepas orang tembak...
pic niii kat muzium perang vietnam
suka masuk muzium niii coz 

1 - boleh menembak apa sajee ketika berada dalam muzium
2 - rasa 'sesuatu' bila melihat bahan2 yg 
di pamer masa perang vietnam dulu...
hanya mereka yang tahu...










Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi,
 dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, 
ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) 
bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri
 dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, 
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi 
(sambil berkata): 
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, 
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. 
 ~Al -imran 3: 189-191~


saya: tempat orang - bumi ALLAH

Sunday, September 18, 2011

pAnDanG BeLakaNg...


بسم الله الرحمن الرحيم
    
Salam untuk sahabat 'kehidupan sementara'
n3 kali niiii nak pandang belakang...
^____^


- Kursus  dan akaun-

Selesai kursus akhir bulan April yang lalu ada 2 kursus di bulan Mei 
dan 1 kursus di bulan Jun 
walaupun keuzuran ketika duduk, 
tapi tetap buat muka selambee...
(ada kee orang kursus sambil berdiri?)

Hujung April aktiviti pindah fail dilakukan ke pejabat audit...
selesai...



- Jun 2011 - 




24.06.2011 - 25.06.2011 
sibuk dan pening dan sakit??!! 
tetap juga menyertai...
yeeelaaa opis punya rehlah keluarga...
walaupun tahun niii tiada aktiviti pertandingan
tapi yang paling 'best'
slot untuk solat berjamaah serta kuliah maghrib dan subuh.
Awal-awal lagi bos dah pesan, semua pekerja kena berjamaah bersama-sama.
tidak mustahil pada hari itu, ada pekerja yang baru pertama kali solat berjamaah,
yang sanggup bangun awal pagi...
yeeelaaa kami semua tidur didalam hutan dekat dengan air terjun...
memang enak dibuai mimpi daaa...
Semoga ikatan ukhuwah antara semua pekerja terus berpanjangan.





sorry my sis, pic tanpa kebenaran ^_^


30.06.2011
Dua bulan mereka berdua menjalani praktikal ditempat kerja saya...
bila nak berpisah macam-macam emosi yang keluar,
tiba-tiba saya rasa mereka lain daripada pelajar yang pernah buat praktikal sebelum ini...
kenapa yeee???
sempat juga bawa mereka makan malam tepi sungai, 
ke persisiran warisan dan yang penting makan bee hun sup power!!
Terima kasih juga hadiah yang kalian berdua berikan kepada kami semua.
(bukan untuk saya dan bos sajee, semua pekerja dapat...)
suka baca repot mereka ^__^
entah kenyataan atau khayalan...
Jangan lupa kami di Terengganu...



- Jul 2011 -








02.07.2011
Seminar al-quran  yang bertajuk
kepentingan al-quran dalam kehidupan...
kertas kerja Dr. Zulkifli memang 'canteeq' ,
 hari tuuu beliau uzur tapi tetap bersemangat...
banyak ilmu yang dapat di kutip...



10.07.2011
Selesai sudah empat tahun saya belajar di IQ
Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk sambung lagi selama empat tahun
mula-mula takut sebab rasa macam saya tidak mampu untuk belajar 4 ilmu baru bagi saya
tapi bila saya pergi daftar, baru tahu hanya 8 orang dari kelas lama terpilih.
1 kelas ada 23 orang, hanya 3 orang yang muda daripada saya 
dan yang lain veteran...bila difikir takkan laaa saya nak cabut lari...
mereka semua bersemangat !!!
semoga saya terus istiqomah...
hari jumaat bagi saya sekarang memang cepat...
Tasmi'...fuuuuhhhsss...






saya: pandang belakang ~~~  kehidupan sementara saya ^__^


Friday, September 09, 2011

kEhiDupaN sEmenTaRa...





 بسم الله الرحمن الرحيم



Fikirkan



Ya insan
Fikirkan sedalam mungkin apa arah hidupmu
Sematkan kedalam jiwa azam kental yang jitu
Kerna hidup ini bukan untuk bersuka ria
Tetapi ada tujuan dan matlamat yang telah
tersedia untuk di terpa




Ya insan
Fikirkan apa tujuan hidupmu
Carilah didalam diri
Nescaya kau kan ketemui
Satu rahsia yang tak dapat untuk kau
taksirkan sendiri




Ya insan
Aku pun sedang mancari satu kehidupan
yang abadi
Tak sanggup hidup berkelumang dengan
dosa lagi
Kerna hidup ini tiada dua, tiganya lagi
Sampai ajal roh dan jasad takan bersatu lagi.





Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya bersana kesulitan itu ada kemudahan
 (Al-Insyirah: 5-6)