Monday, December 05, 2011

BaGaiMaNa kiTa?...


بسم الله الرحمن الرحيم







Salam untuk semua sahabat  'kehidupan sementara' 


Bumi mana tidak di timpa hujan. Manusia mana yang tidak pernah berdosa.
Tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam,
kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan
masa depan lebih putih berseri tanpa noda dosa.

Jika semalam diari harian dan bulanan terpalit warna hitam maksiat,
pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih memohon keampunan daripada ILAHI.
Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan bahagia, berpatah baliklah.
Jadikan dosa kini terasa pahit dan punca sengsara.
Jika zaman jahiliah akal terasa kosong dengan ilmu 
dan panduan untuk membezakan antara baik dan salah, 
binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan risalah wahyu iaitu al-quran dan hadis.

Moga warna hitam yang kita corakkan dulu kini mampu
kita lunturkan dan padamkan secara bertahap.
Biar merangkak, biar bertatih asalkan langkah menuju ILAHI sentiasa maju ke hadapan.
Moga dengan itu, kita menjadi insan terpilih untuk 
bahagia menikmati anugerah syurga abadi.

(sumber: masa silam yang kelam - solusi)

saya : cermin diri untuk sedar diri...

Saturday, November 26, 2011

HijRah diRi...


بسم الله الرحمن الرحيم


pic pinjam...tq 




Salam Maal Hijrah untuk semua sahabat 'kehidupan sementara'


Buku baru...
"Sebagai langkah permulaan,
 perbaiki kelemahan kecil yang ada dalam diri terlebih dulu.
Penghijrahan perlu berlangsung secara beransur-ansur 
dengan membiasakan diri melakukan kebaikan.
Ingat...kita sedang diperhatikan..."


"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). 
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, 
nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, 
akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. 
Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-anfal : ayat 63)


"Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalan yang benar),
Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil"
(Al-baqarah : ayat 143)


saya: cermin diri untuk sedar diri...

Wednesday, November 23, 2011

FiKir...


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah...
 Semoga sahabat sihat dan dirahmati oleh ALLAH...
^___^

Masa mula2 saya 'tembak' keratan ayat2 yang ditampal dalam masjid unisza,
terfikir di hati saya, jarang tengok dalam masjid menampal peringatan seperti nii...
kalau ada pun ayat niat iktikaf dalam masjid, itu pun ada masjid yang tidak letak!!!
doa masuk masjid dan keluar masjid pun jarang ditampal...
kadang2 yang dah letak pun ramai orang lupa nak baca,
 kalau tidak letak lagiii laaa lupa...(macam saya)
kecuali orang yang selalu beramal...







Kalau kita baca betul2 hadis kat atas nii, 
begitu hebat tentang membetulkan saf-saf solat,
walaupun perkara nii telah berkali2 diberi peringatan oleh imam
tapi ada juga yang suka memutuskan saf-saf solat...


saya: hebat saf-saf di masjid mekah dan masjid nabawi...