
Menutup tirai bulan may 2010,
sekali lagi saya dapat award yang comel dan istimewa daripada
~pena farhana~
Terima kasih ^_^
semoga ukhuwah kita kerana ALLAH dan diredhai...
Sebuah hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh
Abdullah Abbas r.a. ,
bahawa Rasullulah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia
di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail:
“ Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh ALLAH Taala
untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok, bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa
diperhatikan oleh malaikat maut,
kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap
kehadiran malaikat maut,
kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis
Nabi S.A.W. yang menjelaskan
mengenai perkara-perkara ghaib,
terutama hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 kali malaikat menziarahi kita = 20.571 minit
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit…
(sumber forum geleri ilmu)