Tuesday, October 11, 2011

akHirNya...



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...
Bertemu semula di ruang yang tiada sempadan ini,
mudah-mudahan hari ini dan hari-hari yang mendatang akan dilalui
dengan ketaatan kepada ALLAH,
serta menjauhi laranganNYA.
 Semoga sahabat semua sihat dan dirahmati oleh ALLAH...
^___^

Sebenarnya sudah lama saya tidak melawat doktor di klinik,
oleh kerana sudah berhari-hari saya 'buat2 sihat'
akhirnya saya buat lawatan mengejut.

Kata orang bila usia kita sudah ke angka 30++ 
kesihatan kita juga pada tahap keuzuran, betul kee?
Setelah ujian darah diambil...inilah hasilnya
tapi keputusan yang sangat teruja, bukan naik sikit2
 tinggi tuuu...ujian dariNYA untuk saya
yang suka 'buat2 sihat'

Saya nak kongsi dengan sahabat, apa itu kolesterol ??


Selepas pemeriksaan, kolesterol darah saya didapati berada pada tahap tinggi. 
Kini saya sedaya upaya memilih makanan sihat. 
Selain itu apakah nasihat untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi?
Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi 
komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. 
Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. 
Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal,
 aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti:
* Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. 
Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan,
 kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan
 dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. 
Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, 
kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.
* Bersenam secara tetap 
(sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana,
 sekurang-kurangnya 5 kali seminggu)
 boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) 
serta meningkatkan kolesterol baik (HDL).
* Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian
 (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL
* Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok 
memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL
* Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan.
Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, 
trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun,
 pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya 
berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.
Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah,
 yang memberikan warna merah gelap kepada nasi.
 Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA 
reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh.
 Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, 
ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. 
Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus
 dan serum trigliserida 19.8 peratus. 
HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.
Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati memberi 
manfaat dalam mengurangkan paras kolesterol
 total dan jantung secara keseluruhannya.



"Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula. " ~~sumber:ustaz zahazan~~







saya : masih boleh ^___^


10 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..:)

Moga sahabat sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Saya tak punya pengetahuan yang banyak dalam hal merawat penyakit cuma boleh nasihatkan agar sahabat jaga apa yang dimakan. Elakkan makanan yang berminyak dan kalau boleh lakukan senaman seminggu 5 kali (without fail).

Bawang putih, tempe, anggur, epal, avakado dan blueberry sangat bagus untuk menurunkan kolestrol.

Moga Allah beri mudah untuk sahabat..amin

kella said...

dah makin usia.. badan pun lemah..
kak liza jga diri baik baik ya..

kita pun risau sekrg ni bdn asyik dok kuar angin je.. byk tol angin dlm bdn nih..

takecare tau..

deena farhana said...

salam..

moga kak liza diberikan kesihatan yg baik..

slm rindu dr deena..

cun09 said...

{{abd razak}}

salam sahabat...

semoga sahabat sihat

tempe n b.berry memang suka mkn, tak tau pula saya tentang khasiatnya...syukran ^_^

cun09 said...

{{kella}}

salam dik kella...

betul...badan dah byk buat keje masa muda, bila dah berusia niii macam2 sakitnya....doc juga bgtau kak liza nii byk asid dlm perut...

**moga kella juga sihat**

cun09 said...

{{deena farhana}}

salam dik deena...

kita juga rindu awak ^_^

**moge deena juga sihat, tq masih sudi singgah 'umah' niii**

Al - Mu'allim said...

salam 'alaik.

salah satu makanan berkhasiat dan baik adalah oat. cuba amalkan oat sebagai sarapan. InshaAllah.

cun09 said...

{{al-mu'allim}}

salam ^_^

waah menu sarapan baru bg saya...besa mkan yg berat2...syukran...

musi said...

ASSALAMUALAIKUM wb;
insyaalah tuhan mengurniakan kita pahala dengan berbagai cara;

ni de menu saje untuk same2 dicuba:

Resipi ringkas untuk dicuba
Mocktail antiradikal bebas
2 biji tomato - diambil jus
2 biji oren - diambil jus
1 batang lobak merah
1 gelas air (250ml)
2 biji kecil limau kesturi - diambil jus
1/2 biji betik
2 sudu kecil madu
sumber: utusan.

kalau tak silap ia mengandungi
Vit.C,E,selinium n penggalak probiotik.. he he.

cun09 said...

{{musi}}

salam sahabat...

Eermm menu menarik nii...InsyaALLAH saya akan cuba ^_^

syukran