Tuesday, July 27, 2010

Bonda...





"Ya ALLAH, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.
Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak dari kecil lagi"

~ Selamat Hari Lahir - 27072010
~ Terima kasih atas segalanya...

2009

saya: peringatan untuk diri ini...

Wednesday, July 21, 2010

Fikir...


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama

dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'.

Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita,

jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam.

Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan

melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


(Sumber: tinta_mujahid)


saya: cermin diri untuk sedar diri...

Monday, July 12, 2010

Terima kasih...



Terima kasih untuk adik melatidaisy




Terima kasih untuk saudara abd razak


Pergaulan mempengaruhi didikan otak.
Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul
dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia
yang dapat kita kutip manfaatnya.

(Hamka)


Saturday, July 10, 2010

Nikmat...



Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...
atas segala nikmat yang dikurniakan olehNYA sepanjang kehidupan ini....

Setelah 2 minggu lebih 'umah' ini menyepi,
akhirnya dapat juga saya menukar n3 baru.

Nikmat sihat yang ALLAH bagi kepada kita,
begitu terasa apabila ALLAH mengambilnya
kembali walaupun secara perlahan-lahan tanpa kita sedari...
apabila kesakitan terjadi barulah kita merasai kehilangan nikmat sihat...

Setiap anggota di badan kita mempunyai tugas masing-masing yang telah
ALLAH jadikan untuk berkhidmat kepada kita...
berkelipnya mata kita, dapat mengerakkan jari kita,
lidah yang dapat merasai pelbagai rasa...
sehinggakan luka terkena pisau, akan terasa apabila dibasahi air,
sakit...memang sakit...
inikan pula sakit tulang belakang dan tulang pinggul...

Pergi klinik untuk mengambil ubat penahan sakit,
bukan tabiat diri ini, dan lebih rela menahan sakit.
Akhirnya mengaku kalah, rukuk dan sujud terasa tidak sempurna,
bangun dari duduk dikerusi seperti seorang tua yang bongkok...

"Jika awak lambat datang sini (pusat urut refleksiologi),
mungkin awak tidak dapat berjalan"
ayat ini buat saya rasa terkejut, teruk sangat ke??



Kehidupan dunia yang tidak kekal ibarat musim menuai
yang hampir tiba namun hancur musnah akibat bencana
hinggakan seolah-olah tidak pernah tumbuh apa-apa semalam.
Itulah hakikat dunia.
Dalam sekelip mata keindahan dunia boleh lenyap dan berakhir.
Apakah kita masih mahu mengharapkan nikmat sementara
berbanding nikmat yang kekal abadi?




Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu,
yang kamu hendak dustakan?




Salam penuh kerinduan dari saya untuk sahabat-sahabat
kehidupan sementara...


saya : cermin diri untuk sedar diri...