Sunday, November 29, 2009

Kehidupan Sementara...

masjid raja, kuala terengganu (telah diroboh)

Dengan nama ALLAh yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihai.

1- Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang
sedahsyat-dahsyatnya.

2- Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya.

3- Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun)
“Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”

4- Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya.

5- Bahawa Tuhanmu telah memeritahnya (berlaku demikian)

6- Pada hari itu manusia akan keluar berselerak
(dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan
kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

7- Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah,
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

8- Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah
nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)

( Az-zalzalah ayat 1-8)


Cerita "menarik" untuk jadikan sebagai ikhtibar kepada kita bersama.
Mungkin juga ada sahabat yang sudah baca,
tapi saya begitu "tertarik" tentang peristiwa ini…
Utusan Malaysia Online - Rencana

Friday, November 27, 2009

10 Zulhijjah...

SALAM AIDIL ADHA 1430H
Untuk semua sahabat-sahabat 'kehidupan sementara'





“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat
menyembelih korban
(atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama ALLAH
sebagai tanda syukur akan pengurniaanNYA kepada mereka ;
(iaitu) binatang-binatang ternak yang disembelih itu.
Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa,

maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNYA
dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang tunduk taat”
(Al-Hajj-34)

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat
mencapai (keredhaan) ALLAH ,
tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya…"
(Al-Hajj-37)

************************************************************************



Terima kasih Kak Nor

Wednesday, November 18, 2009

Zulhijjah...

** Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan
melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini,
oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya
tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar)
dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari
Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,
“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

** “Haji yang mabrur tidak mempunyai balasan selain syurga”
(Riwayat: Ibnu Majah)


** Sesiapa mengerjakan haji dan tidak melakukan jimak mahupun
berbuat fasik, maka akan kembali sebagai mana
ketika dia dilahirkan ibunya
(Riwayat: Ibnu Majah)


** Aisyah Ummul Mukminin bertanya “ Ya Rasulullah ,
apakah kaum wanita diwajibkan berjihad?”
Baginda menjawab “ Ya, mereka diwajibkan untuk berjihad
yang di dalamnya tidak terdapat peperangan, iaitu haji dan umrah”.
(Riwayat Fakihy).


** “Jika engkau bertemu dengan orang yang melaksanakan
ibadah haji, maka jabatlah tangannya dan ucaplah salam kepadanya
serta mintalah dia agar memohonkan ampun untukmu,
kerana beliau telah diampuni (dosanya)
(Riwayat Fakihy).


** “Tiga orang yang berada di dalam jaminan ALLAH,
seorang pemuda yang keluar dari rumahnya menuju ke salah
satu masjid ALLAH,seorang pemuda yang keluar
untuk berperang di jalan ALLAH,
dan seorang pemuda yang keluar untuk menunaikan ibadah haji”
(Riwayat: Abu Hurairah)

** Berpuasa sunat pada 1 hingga 8 terutamanya pada 9 Zulhijjah
(yang tidak berada di Arafah)
(ALLAH berfirman:Pada hari ini Aku
sempurnakan pula nikmatKU kepadamu.)


** Setiap muslim hendaklah menunaikan solat hari raya secara berjemaah,
mendengar khutbah supaya mendapat pengajaran daripadanya.





Semoga para jemaah haji dianugerahkan oleh ALLAH
haji yang mabrur dan seterusnya mendapat keredhaan
ALLAH di dalam menempuh
liku-liku hidup dengan perubahan kearah meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH…

Saturday, November 07, 2009

Buku baru...

Boleh saya tinggal nama dan no telefon ?
Dah 3 kali...tapi...
…kehabisan stok dan tunggu order baru…
…Akhirnya…
Buku yang tak rugi dimilik …



Untukmu Wanita
Wanita mempunyai peranan yang maha
penting dalam kehidupan manusiawi.
Sebagai ibu, isteri dan rakan seperjuangan kaum lelaki
dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi.
Rosaknya kamu wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia.
Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga
dan membawa kehancuran sebuah negara.
Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki,
boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.

Wanita
Aurat dan maruah
Jika anda berada di hadapan Baginda SAW,
adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya ?
Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini
untuk mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak ?

Munakahat
Tiada salahnya ‘perigi mencari timba’.
Adakah wanita yang berkenan kepada lelaki yang baik
namun menghadapi masalah untuk mulakan langkah.

Rumahtangga
Cemburu itu satu tuntutan.
Fahamilah dan sedarilah bahawa anda sebenarnya
memiliki seorang suami yang bertanggungjawab
dan sedang subur imannya

Penulis
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman