Thursday, October 29, 2009

Maut...

" Bila kamu terkenang kepada orang yang telah mati,

maka anggaplah dirimu sudah seperti mereka!"

(Abu Dardak r.a.)


Ziarahilah jenazah untuk mengingatkan kita kepada kematian.

Ketika jenazah saudara, sahabat atau kenalan kita terbujur kaku,

cuba bayangkan itu adalah kita.

Akan tiba masanya kita sendiri akan memakai kain kafan yang putih.
Kenangkan kita berfesyen pakaian mahal dan cantik ketika hidup.
Bayangkan aroma kapur barus yang berbau di sekeliling,
itulah bau yang dapat menghilangkan bau hanyir mayat.
Kenangkan kita berwangi-wangian ketika hidup
akan mati sebagai bangkai yang paling busuk.
Lihat semua ahli keluarga yang pasti kita tinggalkan,
anak...suami...isteri...saudara...sahabat...
Ada yang berdoa,
Ada yang membaca quran,
Ada yang bersedih,
Ada yang bercakap-cakap,
Sebentar lagi semuanya akan pergi,
kita akan kembara sendirian untuk menghadapi
alam yang sangat asing bagi kita...
"Ketika kamu semua telah mengebumikan aku,
jangan segera kamu kembali.
Berilah sedikit masa untuk aku membiasakan diri
dengan alam yang baru dan asing itu."
(Amru Ibn Ash)
Bagaimana agaknya malam pertama kita di alam kubur ?
Mungkin kita pernah menangisi kematian orang lain,
pernahkah kita menangisi untuk diri kita
apabila menghadapi kematian nanti ?
"Kami ini milik ALLAH, dan kepada NYAlah kami akan dikembalikan"
( Al Baqarah 2:156)
**Ingatan untuk diri ini yang masih lalai...**
Hidupkan hati dengan mengingati MATI...!!!
Pastikah bila kita akan mati?
Dimana?
Bagaimana bentuk kematian kita?
"Ya ALLAH ya Tuhan kami, sudahilah hidup kami
dengan kesudahan yang baik (husnul khatimah)
dan jangan Engkau sudahi hidup kami
dengan kesudahan yang jahat (suul khatimah)"

Wednesday, October 21, 2009

Hidayah...

Tanpa petunjuk yang betul,
manusia akan dihanyutkan oleh dunia
yang penuh tipu daya.
Oleh sebab itulah,
ada penyair yang menyifatkan dunia ini
sebagai "belantara kehidupan"


(majalah solusi isu no. 12)

"...sesiapa yang diberi hidayah oleh ALLAH,
maka dialah orang yang berjaya mencapai kebahagian
dan sesiapa yang di sesatkanNYA
maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang
penolong yang dapat menunjukkan
( jalan yang benar) kepadanya"
(Al- Kahfi 18:17)
"Engkau tidak mampu memberi hidayah
kepada orang yang kau kasihi,
akan tetapi ALLAH jua yang memberi
hidayah kepada sesiapa yang DIA kehendaki"
(Al-Qasas 28:56)

Wednesday, October 14, 2009

Fikir...

Cerita ini adalah dari email yang diterima daripada sahabat,
samaada cerita betul atau rekaan itu saya tidak pasti…
Tapi cerita ini boleh membuat kita berfikir bukan sahaja tentang
keluarga itu, tapi tentang diri kita…
cuba kita bayangkan keadaan ini berlaku kepada
ibu, bapa, adik beradik dan diri kita sendiri…


**sekadar hiasan**



PUASA SI MISKIN

Sekadar renungan....buat peringatan buat diriku
yang sering terlepas pandang.
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.
Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil
yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang
paling tua antara mereka,
seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?""Bapak pergi kerja...
""Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"
Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh.
"Adik ni yang ke berapa?""Saya yang kelapan.
"Mana abang-abang kamu pergi? "Tolong emak menoreh.
""Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak..
Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?
""Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."."Bapak kerja apa?
""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa
berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa
mereka dapat makan kuih.
Ada saja orangyang hantar. Aku berlalu dari situ
dengan seribu-satu keinsafan.
Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual
daging lembu tempatan.
Aku beli satu kilo tulang lembu.
Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras
untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya,
dia melompatkegembiraan sambil menjerit
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malamni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban
tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan
daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudianaku datang lagi ke rumah itu.
Bila mereka melihat aku datang, mereka girang
menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku
bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang
yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik..
"Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan
hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama
dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya
agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya
semula untuk dimakan pada hari berikutnya.
Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata
"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan
tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya.
Dia orang suka sangat."Aku bertanya lagi
"Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma RM3.00 sehari.
""Ayahnya bekerja macam mana
""Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.
"Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya
hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus
semula sepanjang hidup anda?
Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging
yang ada padanya kerana anda kata ianya
"TAK SEDAP"?Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang
hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah,
masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Monday, October 12, 2009

Untuk sahabat...




Sahabatku LoL,
usia yang Allah kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yang murni,
Semoga ia menjadi temanmu di akhirat yang kekal abadi.

Tuesday, October 06, 2009

Ikhlas...

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik,
liar dan maknawi sifatnya.
Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang
mampu menguasai hati.
Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan.
Dan ALLAH sahaja yang mampu menguasai hati manusia.
Dengan apa?
Ya, dengan ikhlas!



(majalah solusi isu no. 11)


Kerja itu satu Ibadah
Kita solat mungkin hanya memakan masa
hingga 10 minit satu waktu.
Jika dikumpulkan lima waktu, tidak sampai 1 jam pun.
Sebaliknya kita bekerja (contohnya di pejabat)
daripada jam 9 pagi hingga 5 petang (lebih kurang 7 jam).
Bayangkan jika ibadah itu hanya dapat dilaksanakan menerusi
pelaksanaan solat, kita hanya meluangkan masa
selama kurang 1 jam sahaja untuk "beribadah".
Bagaimana dengan baki 23 jam lagi ?
Padahal ALLAH meminta kita beribadah 24 jam.

Friday, October 02, 2009

Milik ALLAH...

"Kalau sekiranya Kami turunkan Quran ini ke atas gunung,
nescaya engkau lihat gunung itu tunduk dan belah,
kerana takut kepada ALLAH.
Itulah contoh, Kami berikan untuk manusia,
mudah-mudahan mereka memikirkannya.
Dialah ALLAH, yang tidak ada Tuhan kecuali DIA,
mengetahui yang ghaib dan yang hadir,
DIA Maha Pengasih dan Penyayang.
DIAlah ALLAH yang tidak ada Tuhan, kecuali DIA,
Raja (yang memerintah semesta alam)
Maha Suci, Maha Selamat (sejahtera daripada aib dan kekurangan)
Memberi keamanan,Maha Mengawas (segala hambaNYA)
Maha Perkasa Yang Maha Pemaksa dan
Yang Maha Amat Besar.
Maha Suci ALLAH daripada apa-apa yang mereka persekutukan.
Dialah ALLAH, yang Menciptakan,
yang Mengadakan (daripada tidak ada menjadi ada)
dan Yang Merupakan (membentuk rupa dengan indah)
bagiNYA beberapa nama yang terbaik.
Tasbih kepadaNYA apa-apa yang di langit dan di bumi,
dan DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

(Al-Hasyr : 21-24)





Ini kejadian yang berlaku pada malam 30.09.2009...
SUBHANALLAH...

gambar daripada Kak Nor



Fenomena ini berlaku di Padang, Indonesia ( 03.10.2009)

Kejadian sejadah berdiri secara sendiri di Permatang Pauh, Pulau Pinang

Dunia di kejutkan dengan bencana alam...
bencana alam ? atau bala dari ALLAH ?
taufan, tsunami, banjir besar, ribut, gempa bumi...
Manila...Samoa...Kemboja...Padang...Jerantut...Besut...