Sunday, August 30, 2009

Kakak...


**Selamat Hari Lahir utk my sis ... 30082009**



Hari ini "menu cepat" utk majlis buka posa khas utk my sis...
menu yang dia suka sangat...
talam keladi n boston cheesecake dari Shita (SFC)
nasi beriani... (my sis nii "hantu" nasi beriani...)



" Ingatlah dari mana asalnya kita,
apakah tujuan dijadikan kita,
ke mana arah tujuan kita
dan apakah kesudahan hidup kita "

(buat ingatan untuk diri ku )

Terima kasih...


Kad Ramadhan ini dari Kak Nor




Cup cake ini sempena sambut besday anak Kak Mizan

Terima kasih...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan...



Dari Salman Al-Farisi ra, dia berkata
Rasulullah SAW bersabda kepada kami pada akhir bulan Syaaban.
" Wahai sekalian manusia, akan datang kepadamu bulan yang di situ terdapat
malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu malam.
Allah telah mewajibkan puasanya dan mensunnahkan ibadah malamnya.
Siapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar
dengan satu macam dari kebaikan,
sepertinya dia melakukan ibadah wajib pada bulan lainnya.
Dan siapa melakukan ibadah wajib,
ia seperti orang yang melakukan
tujuh puluh ibadah wajib di bulan lainnya.
Dia itu bulan sabar.
Pahala sabar adalah syurga.
Ia bulan dimana rezeki orang mukmin ditambah.
Siapa memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat (pahala)
memerdekakan budak dan ampunan bagi dosanya."
Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak setiap kami
menemukan sesuatu yang untuk berbuka"
Baginda bersabda:
" ALLAH memberi pahala kepada orang yang memberi
makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa
seteguk susu atau air atau sebiji kurma.
Barangsiapa memberi makan hingga kenyang orang yang berpuasa,
ia akan mendapatkan ampunan bagi dosanya dan ALLAH akan
memberinya minum dari telagaku seteguk sehingga tak akan haus selamanya.
Dan untuknya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa kurang sedikit pun .
Itulah bulan yang awalnya penuh rahmat, tengahnya penuh ampunan
dan akhirnya pembebasan dari neraka.
Siapa yang memberatkan hambaNYA pada bulan itu,
ALLAH akan memerdekakannya dari api neraka.
Perbanyaklah pada bulan itu melakukan empat hal;
yang dua membuatmu diredhai ALLAH, yang kedua lagi kamu
akan mendapatkan sesuatu yang pasti kamu inginkan.
Adapun dua membuatmu diredhai ALLAH dengan syahadat
bahawa tiada Tuhan selain ALLAH
dan kamu memohon ampun kepadaNYA.
Sedangkan dua yang menjamin kamu akan mendapatkan Syurga
kepada Tuhanmu dan memohon perlindungan kepadaNYA dari api neraka"

Thursday, August 20, 2009

Menjawab n Terima kasih...


Terima kasih Dida.... dapat tag n award International lagi…


1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR
(PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK)
at http://bloggistame.blogspot.com and
leave the URL of your Post in order for you/your Blog
to be added to the Master List
7. Have Fun!Questions & Your Answers


1. The person who tagged you
*Dida*

2. His/her site's title and url

3. Date when you were tagged
*19082009*

4. Persons you tagged

Terima kasih kerana menjadi sahabat maya saya....

Tuesday, August 18, 2009

Tasik Kenyir...

Akhirnya saya sampai juga di Tasik Kenyir (urusan kerja/160809)
setelah mengidam sekian lama untuk ke sana...

* Keluasan tasik 260 km²

* Sempadan negeri Pahang dan Kelantan

* Salah satu pintu masuk ke Taman Negara

* 340 pulau-pulau kecil

* Lebih kurang terdapat 14 air terjun

* Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna

* Pelbagai jenis ikan
Lampam Sungai (Barboides), Kelah (Malaysian Mahsee),
Toman (Snakehead), Kawan (Friendly Barb),
Kalui (Giant Gouramy) and Kelisa (Green Arowana)








Melihat keindahan ciptaan ALLAH



Bot ini telah dinaiki seramai 7 orang termasuk barang...cemas...
( naik bot satu jam utk ke pulau yg dituju )

Terima kasih...


Terima kasih untuk kak mizan semoga

jalinan ukhwah berpanjangan...








Saturday, August 15, 2009

ALLAH Maha Besar...

Untuk di kongsi bersama sahabat semua,
boleh juga lihat di sini







Tiada ucapan lain yang lebih wajar melainkan

SUBHANALLAH dan ALHAMDULILLAH..

Dah banyak benar ALLAH menunjukkan kekuasaannya...

Thursday, August 13, 2009

Majlis Graduasi...

Hari nii 13.08.2009 hari yang gembira sangat-sangat untuk saya,
majlis graduasi IQT telah diadakan untuk sessi 2008

gambar secara curi-curi telah dilakukan...

"Ya ALLAH, rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikan

ia bagi kami sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat.

Ya ALLAH, ingatkanlah daripada Al-Quran apa yang

kami telah lupa dan ajarkan kami daripadanya

apa yang kami tidak ketahui, dan anugerahkanlah kepada

kami bacaannya sepanjang malam dan siang.

Dan jadikanlah Al-Quran sebagai pembela kami.

Wahai Tuhan sekalian alam."

Tuesday, August 11, 2009

Al-Matien...

Kepada sesiapa yang nak menambah ilmu tajwid,
buku Al-Matien ni memang sesuai bagi anak2 dan
pelajar dewasa untuk belajar tajwid
serta memantapkan penguasaan
bacaan al quran...InsyaAllah.
"Janganlah engkau (wahai Muhammad) gerakkan lidahmu
(untuk membaca al-quran) kerana hendak cepat-cepat (menguasainya).
Sesungguhnya Kami (ALLAH) yang akan mengumpulkannya
(di dadamu) dan membacakannya.
Apabila Kami telah selesai membacanya, maka ikutilah bacaan itu.
Kemudian, sesungguhnya Kami akan menjelaskannya."
( Al- Qiyamah ayat 16-19)

Saturday, August 08, 2009

Majlis tahlil...

Pada 06.08.2009 rumah kami telah
mengadakan majlis tahlil.
Kami menjemput adik-adik dari madrasah hidayah
terima kasih semua...

Nasi minyak dari shita
terima kasih shita...
Oleh kerana majlis ini termasuk majlis
berbuka jadi makan secara hidang diadakan,
mesti dah lama tak tengok bekas basuh
tangan, tisu dalam gelas dan hamparan kain nii...

Hadiah untuk mereka...

Tuesday, August 04, 2009

Adik perempuan...

Hari nii "makan ringan2" sempena besday adik perempuan...


"Menu segera"... nasi minyak n pulut


buah duku...

*

*

*

*
" Ingatlah dari mana asalnya kita,
apakah tujuan dijadikan kita,
ke mana arah tujuan kita
dan apakah kesudahan hidup kita "
(buat ingatan untuk diri ku)