Tuesday, June 30, 2009

Perak oh Perak...

Jam 10.30 malam ( 25.06.2009-Khamis) bertolak ke negeri Perak...
bukan bercuti tapi urusan kerja, jam 7.00 malam (27.06.2009-Sabtu),
selamat sampai kat rumah...
tekan minyak kereta menuju ke negeri Perak
yang penuh dengan kontroversi untuk tahun 2009 niii....
*
*
*
*
*
1 malam kat Meridien Hotel di Taiping

makan tengahari di Lumut

makan malam di Kuala Sepetang,
ape lagi kalau bukan mee udang...sedappp!








suasana kampung di sepanjang perjalanan,
seronok tengok rumah2 lama yg masih tegak berdiri,
pokok kelapa, sawah padi...ciptaanNYA...








Pekan Lumut dan suasana di jeti ke Pulau Pangkor,
hanya tengok2 jee tak sempat nak ambil tiket,
feri dah tinggal...boleh cayee kee...

hari terakhir sebelum balik, jam 8.30 pagi dah ada
kat depan pintu zoo Taiping...
1 keluarga, serasi bersama...

1 ekor, "comel..."


1 pasang, tinggi...

1 ekor, yang mahal kat tanduk tuu...
CiptaanNYA...

1 ekor, yang nii mahal kat kepala dia...
CiptaanNYA...

1 ekor, "ayu gitu..."
unta yang tinggal di Malaysia


kawan-kawan, "kemesraan..."

Monday, June 22, 2009

Terima kasih...

Inilah award daripada sahabat baru nun jauh
di Yanbu, Madinah, Saudi Arabia
Terima kasih untuk Dida...

*
*
*
Pastikan jantina anda seorang perempuan
* saya memang pasti...
Copy badge sebagai award anda
* siap... TQ
Nyatakan 2 sebab anda bangga jadi perempuan
* Perempuan telah dijanjikan syurga apabila solat 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya,
dan taat kepada suaminya...
*Wahai manusia, apakah telah memperdayakan kamu
(berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu yang pemurah,
yang telah mencipta kamu lalu menyempurnakan kejadianmu
dan menjadikan (susunan tubuh)mu,
seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki,
Dia menyusun tubuhmu
( Al-Infithar, ayat 6-8)
Passkan award ni kepada girlfriend anda
* Shita (SFC)
* Kak Hajar
*Alismysara
*Princess
* Ana muslim
* Kak Nor (Secubit garam)
*Ummuhusna
* Yanie Putrajaya

Menjawab...

*
*
*
Hari nii nak menjawab soalan cepumasss...(tag)
daripada sahabat ku shita...
*
*
*
*
*
nama-nama timangan anda
Liza @ Za... {{ keluarga dan kawan2 }}
Kak Chik... {{ adik2 dan sepupu2 }}
Ja... {{ kat opis }}
Cun09... {{ terbaru ...sejak punya "umah" maya ;) }}
anda seorang yang
hanya orang lain yang dapat menilai siapa saya,
bukan saya sendiri...
insan teristimewa??
describe apa yang membuatkan dia istimewa di mata anda
abah
ma
kak long
adik lelaki
adik perempuan
{{ darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah darah yang sama }}
lagu-lagu kesukaan anda
masa zaman belajar dulu suka dengar lagu...
m. nasir
search
wings
xpdc
laa nii masih suka kot...
makanan kesukaan anda
yang halal...
{{ nasi ayam }}
{{ nasi goreng cina }}
tapi sayur... susah sikit nak makan
warna kesukaan anda
hitam dan putih dan biru...
sikap yang membuatkan anda stress
orang suka cakap bohong, menipu, temberang, kelentong...
kalau dah tau dia berbohong, susah saya nak percaya lagi...
orang yang tidak amanah, jujur...
3 benda yang mesti ada dalam beg anda
* kad pengenalan
* lesen memandu
* duit
kali terakhir anda menangis dan kenapa
mac 2009
sedih sangat kot...
tag 6 rakan anda
*Kak Hajar
*Princess
*Alismysara
* Dida
* Ana muslim
* Yanie Putrajaya
selamat menjawab...

Sunday, June 21, 2009

Ingatan...


Abah...
Rasakan di hatimu,
secebis kasihku,
yang kian merinduimu,
biar kau tiada di mata ku,
asal kau bersama Pencipta ku,
juga Pencipta mu,
yang menjanjikan,
pertemuan ku dengan mu,
di syurga milik Yang Satu

Pernah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorg lelaki
berselisih faham dengan ayahnya lalu mengadu kpd Rasulullah.
Anak yg sudah besar panjang, segak dan gagah malah berharta
pula menuduh ayahnya hendak merampas hak miliknya.
Rasulullah memanggil si ayah lalu bertanya apa yg berlaku.
Ayahnya pun bercerita, "sedarkah anak bahawa sedari kecil
sehingga dewasa ayah yg membesarkan, mengasuh dan mendidik,
kadang2 makanan yg akan masuk ke mulut ayah di bahagi lagi
separuh kpd anaknya agar anak dapat makan bersama.
Tetapi sekarang setelah besar panjang, setelah dapat
mengiraikan sayap terbang sendirian tanpa bantuan,
ia lupa untuk berbakti kpd ayahnya.
Malah hendak disisih ayah dari hidupnya,
dan apakah salah ayah mengambil sedikit harta anak kandungnya
sedangkan itu tidak menjejaskan kekayaan".
Rasulullah SAW memanggil anak muda itu memberikan
nasihat disamping mencela sifatnya yg demikian kasar
melayani ayahnya seperti haiwan.
Sesungguhnya harta dunia tidak akan masuk ke kubur, kata Rasulullah.
Di penutup nasihatnya Rasulullah SAW bersabda
" dirimu dan seluruh harta bendamu adalah milik ayahmu,
demikian ketentuan Ilahi"

Saturday, June 20, 2009

Steamboat...

Minggu nii dok mengidam sangat dengan steamboat
"meeting" satu keluarga...
projek terus di jalankan pada hari Jumaat
hasilnya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sedang mendidih... kerangka ayam

"Bot" Sop ayam


"Bot" tom yam




"Anak-anak kapal " sedang menanti untuk naik "bot"

Thursday, June 18, 2009

Buku baru...

Ini buku baru untuk tahun 2009...
Dok selak-menyelak boleh tahan jugak
"isi-isi" kat dalam buku nii ...memang "hebat"!!!

.

.

.


...Ingat Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah.
Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya.
Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya.
Ingat ! Itulah hati.

(H.R.Bukhari & Muslim)

Sunday, June 14, 2009

Raja Buah...

Raja buah kembali lagi untuk tahun ini

.

.

.

Ini buah durian kampung dari negeri Johor,

ada yang suka durian "kahwin" dan ada yang suka durian asli punyee...

ALLAH jadikan pelbagai bentuk dan rasa yang berbeza-beza

walaupun di semua tempat memanggilnya DURIAN.
.
.
.
" Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan
yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan.
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian.
Dan anggur serta sayur-sayuran.
Dan zaiton serta pohon-pohon kurma
Dan taman-taman yang menghijau subur.
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput.
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. "
Surah ' Abasa
Ayat 25-32



Monday, June 08, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Hari bersejarah untuk sepupu yang
bergelar raja sehari pada 06.06.2009



Tiga perkara yang mesti ada pada hari perkahwinan :-
* Daun Sireh
* Barang Hantaran
* Hadiah Untuk Pengantin



Sayur nangka

Sayur keladi

Gulai daging

Ikan kering

Sambal belacan...power !!!

Menu pada hari jamuan

Monday, June 01, 2009

Ubat penyakit takbur...


Imam Al-Ghazali mencatatkan 5 cara utk mengikis sikap
takbur dlm diri :


1. Apabila bersua dgn kanak-kanak,anggaplah dia lebih bersih

dan mulia drp. kita kerana dia belum

mempunyai dosa berbanding diri kita.


2. Apabila bersua dgn org tua, anggaplah dia lebih mulia drp.

kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kpd ALLAH.

3. Apabila bersua dgn org alim, anggaplah beliau

lebih mulia drp. kita kerana byk. ilmu yg.

beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.


4. Apabila bersua dgn. org. jahil, anggaplah dia lebih mulia drp.

kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,

sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.


5. Apabila bersua dgn. org. kafir, katakan dlm. hati bahawa

suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk islam.

Maka semua dosa yg.

dilakukan sebelum islam akan diampunkan oleh ALLAH,

sedangkan kita yg. telah islam sejak lahir terus-menerus

melakukan dosa, banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.