Saturday, May 23, 2009

Makan...

Daging gril pedas ni adalah resepi dari Kak Nor (Secubit Garam)
memang best n terangkat...

Begedil yang di masak oleh my sis...

Untuk alis...

Hepi besday alis !!!
Sahabat,
usia yang Allah kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yang murni,
Semoga ia menjadi temanmu di akhirat yang kekal abadi.

Monday, May 18, 2009

Peringatan...


"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada
sebarang dosa yang aku telah bertaubat,
tapi setelah itu aku lakukan semula.
Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam
hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu,
tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah
kepada kerana yang lain daripada-Mu.
Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang
Engkau kurniakan itu
sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya
untuk ingkar suruhan-Mu.
Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada
yang zahir atau yang terselindung,
aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada
siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi,
ketika beramai atau ketika seorang diri,
ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut."

Doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s.
hingga ke Nabi Muhammad s.a..w., telah dinukilkan
oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk
mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman.

Saturday, May 16, 2009

Ingatan...



"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)
atau orang yang menuntut ilmu
atau orang yang selalu mendengar pengajaran
atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)
dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima,
yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Riwayat al-Bazzar)

Hadiah daripada pelajar kelas ulum satu untuk
ustaz (guru kelas) di IQ

Sunday, May 10, 2009

Makan...




Nasi ayam nii di masak oleh my sis,
utk makan t/hari buat ma n mak teh.
(yg makan byk bukan mereka tapi anakanda2,
untuk adik kat SP jgn jelesss...)

Ingatan...



Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu
dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali
(untuk menerima balasan)
( Luqman ayat 14 )

Monday, May 04, 2009

Hari itu milik-Nya...


Pada hari itu, keluarlah manusia dari kuburnya dalam keadaan
yang bermacam2,
supaya diperlihatkan kepada mereka
(balasan) pekerjaan mereka.
Barangsiapa yang berbuat kebaikan
(walau ia ) sebesar zarrah ia akan melihatnya,
dan barangsiapa yang berbuat kejahatan (walau ia) sebesar zarrah,
ia akan melihatnya jua.
( Az-zalzalah 7-8 )

Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu ?
Sekali lagi,
tahukah kamu apakah hari pembalasan itu ?
(Iaitu) hari (ketika)
seseorang tidak berdaya sedikit pun untuk menolong orang lain.
Dan segala urusan hari itu dalam kekuasaan ALLAH.
(Al-infithaar 17-19 )

Pada hari ini dibalaslah setiap orang sesuai dengan apa
yang telah dikerjakan olehya.
Tidak ada penganiayaan (penzaliman) sedikit pun pada hari ini.
( Al-mukmin 17 )
Sesungguhnya mereka menyangka tibanya saat itu masih jauh lagi
dan kami (ALLAH) memandangnya dekat sekali.
( Al-ma'arij 6-7 )

Setiap orang akan menyaksikan dengan mata kepalanya
betapa terperinci
dan halusnya kerja pengadilan dan pembalasan
mahkamah Rabbul Jalil.
Tidak ada yang terselindung dan tidak ada yang tersembunyi di sisi ALLAH.

Bukankah setiap kita adalah pemimpin ?
paling tidak memimpin diri sendiri.
Dan setiap pemimpin pasti akan ditanya berkenaan pimpinannya.

Baik pimpinan kita,
baiklah pembalasan untuk kita,
manakala buruk pimpinan kita,
maka buruklah juga bentuk pembalasan untuk kita.